BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 21, 2011

HaTi yAng BeRsiH :))

sALaMM...(ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..)

Hati. Itu. Allah. Yang. Pegang. 



Terkadang kita tidak dapat lari dari memikirkan perkara yang tidak baik yang terlintas di hati kita. Semakin kita cuba untuk hindarkan pemikiran ini, ia semakin kerap menganggu gugat dibenak kita. Ini kerana, makhluk jahat ini iaitu syaitan sentiasa ingin menyongsangkan pemikiran kita. 

Biarpun kita telah mengubah pemikiran itu menjadi berprasangkan baik tetap ada lintasan jahat itu. (lebih2 lagi org cam aku nih..lemah imannya, tapi semoga diperteguhkan imanku padaMu Ya Rabb). Ada ayat al-quran yang mengatakan tentang bisikan jahat lagi halus ini...


Firman Allah s.w.t dalam ayat 1-6 surah al-nas yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dalam kalangan jin dan manusia.
Seringkali kita bermonolog dengan hati kita mengenai sesuatu perkara yang secara tidak langsung ia memberikan hasil yang mungkin akan jadi kepada 'hus'nuzon' atau su'uzon (berprasangka baik atau buruk). Apabila makhluk jahat ini cuba menyebarkan bisikan jahatnya kedalam hati kita ada juga makhluk lain yang boleh mempengaruhi pemikiran kita iaitu manusia. (Jelas tertulis seperti ayat didalam surah diatas). Jadi kita juga perlu memilih kawan yang dapat menjuruskan kita kepada perkara yang mendatangkan aura positif.


Apabila kita cuba berfikiran positif, syaitan dengan bersiap sedianya akan cuba memporak perandakan niat dan fikiran kita. Syaitan akan bertindak dengan menimbulkan perasaan buruk sangka dan segala perlakuan buruk dalam hati manusia.



Adakah hati aku mudah lemah dipengaruhi oleh hasutan dan rancangan syaitan ini? Tanyalah dan lihatlah pada hati mu (ye..cik nini)
Jika hati kita lemah dan lalai dengan meningatiNya, syaitan dengan mudah membisikkan kepada kita agar berfikiran negatif serta berbuat kejahatan. Manakala jika kita sentiasa mengingati Allah, syaitan yang sedia mempengaruhi dengan bisikannya akan lari mengasingkan diri dengan ucapan bismillah syaitan akan menjadi lemah dan akan menjauhi kita. -'GenQ'


Semoga dengan berbekalkan kekuatan iman dan sentiasa meningati Allah lah dapat menghalang syaitan daripada menyelusup kedalam hati kita. Bila sesuatu pemikiran yang buruk atau jahat terlintas dihati kita, cepat-cepatlah kita beristigfar, membaca  A'uzubillah' dan bismillah atau ayat kursi. Mengambil ayat dari surah al A'raf ,201:
Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat(kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak(jalan yang benar)

Ya Allah semoga kau lindungilah aku dari berburuk sangka dan berikan lah aku hati yang bersih :) 

Pic from 'Contengan Jalanan' ~Hlovate

Jay Arr bermuhasabah ~wif double smile :)) ~
* "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".  [Imam Al-Ghazali]

0 comments:

HaLaMaN Jay Arr