BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 23, 2011

Hadiah Dari Allah...

Ayat seribu dinar ini, aku dh dpt hafal ayatnya tapi terjemahannya tidak pula aku ketahui. Jadi aku rase ade baiknya jika aku tahu maksud ayat ini dan dapat plak dikongsi bersama teman2 yang singgah blog aku ni.  Jika dilihat  ayat 1000 dinar ini adalah dari surah At - Talaq yang mana diambil sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat ini banyak manfaatnya jika diamalkan dgn ikhlas tujuannya. Baca selepas solat dan ketikanya yang perlu. 


Didalam ayat ini serta terjemahannya, menyeru kita supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal :)
 


Maksudnya ialah : 
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

Thursday, July 21, 2011

Janganlah Bersedih ~~ S.e.N.y.U.m lah


Tiada guna bersedih percayalah… Allah 
tidak menduga seseorg hambanya jika
hambaNya tidak mampu lalui sesuatu
dugaan itu. Allah hanya ingin melihat
bagaimana hambaNya menerima setiap dugaan itu, adakah dengan rasa keluh kesah atau redha. Allah bg dugaan ini kerana mahukan hambaNya menjahit semula sejadah keimanan yang kian terkoyak lantaran kita asyik dengan keindahan dunia. 

Jadi , tiada apa yang dapat mengubah diri kita selain kita sendiri. Yakinlah dengan ketabahan dan kekuatan yang kita ada. Pandang dan langkah la ke depan masih ada yang menyayangi diri kita, ingin melihat kita gembira dan berjaya di dunia dan akhirat. Surah dan asmaul husna dibawah ini baik untuk kita baca sebagai sumber kekuatan dalam diri dan bersyukur pada-Nya.



 
Surah Al-Insyirah
Surah Kelapangan Hati
Bacalah surah ini disaat hati kita rungsing…

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.     أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ  Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2.     وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ  Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
3.     الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ  yang memberatkan punggungmu?
4.     وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ  Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5.     فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
6.     إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
7.     فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ  Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah  dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8.     وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ  dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.



Asmaul-husna
Sabda Nabi SAW:
        Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda beliau lagi sesiapa yang dalam duka dan rungsing lalu berdoa seperti doa amnaul husna dibawah maka Allah SWT akan menghapuskan duka dan rungsing dan digantikan dengan kegembiraan.





  •   Rasulullah bersabda: "brgsiapa di antara kaum muslimin yang menanggung kesengsaraan yang menimpanya, maka pahalanya sama dengan seribu orang yang mati syahid"
  • Sabar tidak berbuat dosa sumber ketakwaan diri..sbr dlm ketaatan sumber keakraban dgn Ilahi...sabar dlm musibah sumber redha iaitu merasa puas menerima takdir Ilahi jiwa yang kembali mengingati Allah sebagai penawar segala duka.

Jay Ar berkata-kata (^ _ ^)

Monday, July 18, 2011

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT~

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.

Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya.
Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.


Beratkan?

Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya
Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya,
maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.

Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya,
kalau isteri buat benda tak baik,
mcm tak menutup aurat dgn sempurna,
Dosanya di tanggung oleh suami.
Beratkan??


Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak.
Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami.
HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri,
Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI.
Suami kena tanggung.
Kalau nk di bayangkan beratnya,
Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.
Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih
Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )
Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki.
- Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh.
- Saksinya kurang berbanding laki.
- Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank.
- Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider.
- Talak terletak di tgn suami
- Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.
PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??
~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat.
~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn?
itulah bandingannya dgn seorg wanita.
~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya.
~Bukankan ibu adalah seorg wanita?
~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri.
~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil.
~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT..
~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :
-Sembahyang lima waktu
-Puasa di bulan Ramadhan
-Mentaati suami
-Menjaga kehormatannya
~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita..
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..

KeInsaFan D.I.R.I ini~


Allah engkau dekat penuh kasih sayang
Takkan pernah engkau biarkan hamba-Mu menangis
Karna kemurahan-Mu
Karna kasih sayang-Mu
Hanya bila diri-Mu
Ingin nyatakan cinta
Pada jiwa-jiwa yang rela dia kekasih-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Allah Rahman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Allah Rohman Allah Rahim
Allahu Ya Ghafar Ya Nurul Qolbi
Di setiap nafas di segala waktu
Semua bersujud memuji memuja asma-Mu
Kau yang selalu terjaga yang memberi segala

Setiap mahluk bergantung pada-Mu
Dan bersujud semesta untuk-Mu
Setiap wajah mendamba cinta-Mu cahaya-Mu

Yaa Allah Ya Rahman
Yaa Allah Yaa Alllah Yaa Allah
Ya Nurul Qolbi
Yaa Allah

Ya Allah semoga Engkau sentiasa memberi petunjuk dan hidayah Mu kepada ku..hamba mu yang lemah ini

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

Ya Allah hanya Engkau Maha mengetahui segalanya dilangit dan dibumi... 
Ya Allah Engkau lah tempat ku bergantung harapanku
ku harap diriku sentiasa dibawah rahmat Mu


Sunday, July 17, 2011

BiLa Rasa Tak Terungkap..PerLu diTinta kan ~~

Salam Kemesraan dari diri ini.... mesra ke? hehehe wat2 mesra xpekan.
nk meluahkan perkara n perasaan yang terpendam agar tak menjadi beban yg berat dalam hati ini.
uish kalu la perasaan nih boleh kita kawal kan bagus... tapi hati kita bukan kita yang pegang tapi Allah.
jadi cmne kita nk kawal perasaan kita yang tetiba dok teringat "sakan" nih kat seseorg ape perlu kita buat?
jeng..jeng...jawabla sendiri...hihi... kalu aku la aku wat perkara nih
  1. baca la apa perkara doa yang patut bagi tenteram hati yg agak berkecamuk ngan segala perasaan nih.
  2. then lepas tuh baca benda yg ilmiah sket (baca byk2 xpe gak..bleh lupa kat dia kan)
  3. wat2 cbuk wat keje cth: ngemas ke, cari bahan yg berfaedah ke
  4. dgr lagu nasyed ke..bagi sedarkan diri yg dh nk tenggelam n lemas kat lautan rindu tuh la (kononnya la)
  5. urmm..cari kata2 yg muhasabah n pujuk diri sket. hati kita nih kena pujuk gak..tul tak?haa...nih la kata2 yg aku jumpa n nk share ngan korg kat blog aku nih...saling mengingati..
bagi aku kata2 yang indah macam nih sgt bagus tuk kita baca n pikirkan.. juga pemujuk hati..
thanks to Allah..mmg cinta dan perasaan itu datangnya dari Allah, tidak salah utk berperasaan tapi harusla memadai utk merasainya..


       Ya Allah..bila aku mencintai hambaMU..jgalah hatiku agar terus mencintainya keranaMU.. agar aku terus mencintainya sampai aku bertemu dgnMU..

   Aku mencintainya, tanpa melihat kata "SEMPURNA"
Aku mencintainya dengan melihat segala kelebihan dan kekurangan yang ia miliki
Aku mencintainya dengan segala kesabaran dan keikhlasan hatiku
Aku mencintainya dengan melihat agamanya, bukan fizikalnya
Aku mencintainya dengan sebentuk cinta yang ku punya 

Seorang Penyair Arab berkata:
"Cinta merupakan anugerah takdir..
Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang..
Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya..
Tenggelamlah ia didalamnya, tidak dapat tertolong lagi..."
(korg pikirla sendiri ea maksudnya..semoga korg memahaminya)

islam memandang cinta sebagai sesuatu yang biasa dan sederhana. islam adalah agama fitrah, sedangkan cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan
Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh dihati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diluahkan.

"apabila seseorang menyintai saudara/saudarinya, maka hendaklah ia memberitahu perkara sebenar bahawa dirinya kini menyintai si dia.... (HR Abu Daud & At-Tarmizi) ...dan jangan lupa, Rasulullah S.A.W juga pernah mengingatkan kita semua: 'barang siapa yang bercinta lalu mampu menahan diri dari perbuatan yang dilarang serta dapat menyembunyikan perasaannya, kemudian dia mati, maka ia mati syahid.."    

    terjumpala plak kan lirik lagu mase remaja dulu...mmg la tak minat lagu nih, tatau la sebab pe. mungkin sebab aku pikir nih lagu budak2 tgh knal cinta kot(tuk baby lissa nih,adek suka kan lagu nih...hehehe) sb tak suka lagu nih tak yah put the vid song kat cni bagi lirik suda (sb lirik cam dia cam bagus je.. :))

       Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih


shuushh lari la wahai rasa yg tah ape2 ni,
ko nih nyebok jew tau.. ape nih nk trigt2 kat org disana.
dia igt aku ke tak kan....
(muge dia pun sama gak cm nih hehehe)
 hati cam rasa..rasa apa ek ..bila trigt kt dia..tapi tahan jela.
ko wat la apa benda yang patut ye wahai diri ini
nk fb ngan dia ...(cam jad tak biasa la plak) aisshhh
nk kol dia...eh takan la kann..
adush la... Moga Allah sampaikan rasa..rasa ape tah (rindu kot arrkk!!) aku pada dia...
aku rase itu cara yang terbaek..


bagi iklan sket..n tumpang lalu tuk clip vid nih...

p/s :Ya Allah..yang patut aku rindui adalah Mu..
     Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh   hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah.


Thursday, July 14, 2011

rindu itu aku simpan jauh dlm hati

HaLaMaN Jay Arr