BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 21, 2011

Janganlah Bersedih ~~ S.e.N.y.U.m lah


Tiada guna bersedih percayalah… Allah 
tidak menduga seseorg hambanya jika
hambaNya tidak mampu lalui sesuatu
dugaan itu. Allah hanya ingin melihat
bagaimana hambaNya menerima setiap dugaan itu, adakah dengan rasa keluh kesah atau redha. Allah bg dugaan ini kerana mahukan hambaNya menjahit semula sejadah keimanan yang kian terkoyak lantaran kita asyik dengan keindahan dunia. 

Jadi , tiada apa yang dapat mengubah diri kita selain kita sendiri. Yakinlah dengan ketabahan dan kekuatan yang kita ada. Pandang dan langkah la ke depan masih ada yang menyayangi diri kita, ingin melihat kita gembira dan berjaya di dunia dan akhirat. Surah dan asmaul husna dibawah ini baik untuk kita baca sebagai sumber kekuatan dalam diri dan bersyukur pada-Nya.



 
Surah Al-Insyirah
Surah Kelapangan Hati
Bacalah surah ini disaat hati kita rungsing…

 

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.     أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ  Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2.     وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ  Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
3.     الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ  yang memberatkan punggungmu?
4.     وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ  Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5.     فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
6.     إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا  sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
7.     فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ  Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah  dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8.     وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ  dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.



Asmaul-husna
Sabda Nabi SAW:
        Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama. Sesiapa yang menghafalnya akan dimasukkan ke dalam syurga dan sabda beliau lagi sesiapa yang dalam duka dan rungsing lalu berdoa seperti doa amnaul husna dibawah maka Allah SWT akan menghapuskan duka dan rungsing dan digantikan dengan kegembiraan.





  •   Rasulullah bersabda: "brgsiapa di antara kaum muslimin yang menanggung kesengsaraan yang menimpanya, maka pahalanya sama dengan seribu orang yang mati syahid"
  • Sabar tidak berbuat dosa sumber ketakwaan diri..sbr dlm ketaatan sumber keakraban dgn Ilahi...sabar dlm musibah sumber redha iaitu merasa puas menerima takdir Ilahi jiwa yang kembali mengingati Allah sebagai penawar segala duka.

Jay Ar berkata-kata (^ _ ^)

0 comments:

HaLaMaN Jay Arr