BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, June 28, 2011

Seindah Pagi (",) ~

29 Jun 2011.....
Pagi yang mendung...tapi tampak indah maka izinkan aku menayangkan satu karya yang juga indah dari ilmi-islam.com 

  
Fitrah manusia ingin bercinta
Menyelami perasaan mencintai dan dicintai
Aku juga tidak terkecuali
Dalam mencari cinta disulami cinta hakiki
Cinta Ilahi

Wahai mujahidku
Aku muslimah yang baru mula berhijrah
Mujahidah sejati azam yang aku tanamkan
Aku muslimah yang mahu berubah
Ingin setia berjalan di bumi Jihad

Wahai mujahidku
Aku terlalu takut jika kau tidakku temui
Kerana aku sering dikelilingi
Cinta nafsu para pendosa
Aku terlalu takut
Jika aku turut serta bersama mereka
Menjadi penzina mengundang azab-Nya
Sungguh aku risau
Jika bukan kau yang aku temui
Tetapi adam disulami dengan cinta nafsunya
Mencuri hatiku yang mudah lentur dan luluh
Pada bicara kata

Wahai mujahidku
Andai kau tahu
Sudah lama ku berusaha berjuang menjaganya
Hati yang lembut dengan bicara kata
Hati yang mudah terhadam dengan kata-kata cinta
Namun dengan-Nya, aku berdoa
Agar terbentengnya cinta mereka
Pada aku yang menjaga hati ini untukmu
Yang aku tunggu
Wahai mujahidku

Jika benar kau mencintaiku kerana-Nya
Jauhkan dirimu daripadaku
Jangan kau nodai aku dengan bicara katamu
Jangan kau dekati aku dengan jasadmu
Sebaliknya bimbinglah aku
Memelihara hati
Agar cinta kita dapat bersemi
Lebih indah dan berkat daripada Ilahi
Selepas lafaz ijab kabulmu
Sesudah cahaya istikharah-Nya
Dalam bersama dambakan cinta Yang Maha Esa
Juga Rasul-Nya
Agar sama-sama kita merasa pahit
Mujahadah kerana-Nya
Menggapai syahid sehati sejiwa
Wahai mujahidku
Tarbiyahlah aku dengan bicara kata Ilahi
Biar aku pedih hati
Asal aku sedar diri
Untuk bercinta dan bersamamu
Hanya kerana-Nya

Wahai mujahidku
Jadilah kau kekuatanku
Jadilah kau pendorongku
Agar bertambah semangatku dan tekadku
Untuk sama-sama berjuang demi-Nya dan agama-Nya

Wahai mujahidku
Sungguh aku dambakan cahaya mata
Menjadi tahfiz dan hafizah
Agar terasa damai apabila bersama mereka
Moga kau jadi abuya yang adil dan bijaksana
Mendidik mereka menggapai soleh dan solehah
Agar menjadi tinggalan kita

Wahai mujahidku
Jangan kau lemah dalam perjuangan kita
Jangan kau damba fana yang sementara
Kerana itu buat kau kehilangan cintaku
Hilangnya agama padamu, hilanglah juga cintaku padamu
Hilangnya dambaan cintamu pada-Nya, hilanglah juga dambaan cintaku padamu
Kerana aku tidak rela berdamping dengan mujahid selemahmu
Dan lebih rela untuk aku pergi jauh darimu yang dambakan dunia fana

Wahai mujahidku
Moga kau kan terima aku seadanya
Kerana aku hanya insan biasa
Yang ingin jadi luar biasa
Akan ku usaha menjadi bidadari syurgamu di dunia
Asal kita bersama meraih cinta kepada-Nya
Kau dan aku hanya kerana-Nya
Semoga kita kan bertemuWahai mujahid sefikrah dambaanku 
 

p/s: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (Ali Imraan : 139)"... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Yusuf : 87)

Sunday, June 26, 2011

peR- BeR- U.b.A.H -hAN

Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam, sebab itu kekal. Perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan.

   Apabila kita beralih dari fasa yang elok kepada yang lebey baik perubahan yang dialam itu akan membuatkan diri kita berada dalam zon yang tenang. Setelah kita berjaya melakukan sesuatu yang kita rasakan tidak mampu dulu, tetapi sekarang kita dapat buat dengan rela dan ikhlas serta bersemangat, kebahagiaan itu ada dalam hati kita. 
   Dalam melakukan perubahan ini, saya percaya bukanlah senang untuk kita lakukan tanpa ada DORONGAN ataupun PENDORONG. Aku masih ingat ketika aku berada di Form 3, tyme PMR ni.. setiap kali aku ke sekolah aku mempunyai seorang pendorong walaupun "dia" sebenarnya tidaklah tahu yang "dia" adalah insan yang banyak memberi dorongan kepada aku ketika itu (tak dikira la parents tuh mmg teratas carta hati aku). Pembakar Semangat tuk aku blaja. Aku sentiasa mahu ke sekolah tanpa mengira waktu, cuti sekolah aku rasakan bagai penghalang untuk aku belajar. Asalkan ade kelas tambahan aku rasa akulah orang yang paling seronok kerana dapat belajar dengan adanya "dia". Padahal duk dlm kelas tuh aku bukanlah tertgk sgt kat dia...tetapi membuatkan "dia" tuh berada disisi aku mejadikan aku sgt tekun mentelaah pelajaran. Aku membuat dan menjawab soklan Sains & Math (nih subjek yang paling aku minat la masa sk0ol dulu) dengan bersungguh2 agar sb nnti bila cikgu tanya aku boleh jwb tak Jay Arr?aku akan jawb boleh dan "dia" akan melihat kearah aku. Jadi pada waktu itu aku juga dapat melihat "dia" dengan mukanya yang tersenyum. (^_^) sungguh pada ketika aku jad tambah bersemangat tuk blajar. Balik dari skulah dengan rajin juga aku wat homework bukan sb takut cekgu tapi disebabkab"dia". Perubahan yang aku alami disinilah ialah dari aku tak bersemangat nk blaja aku didorong eloh seseorang yang berjaya membuatkan aku dapat A dalam subjek2 tad hihi. Dorongan itu aku simpan sampai aku blaja di universe universiti. Perubahan yang aku perolehi mendatangkan kesan yang sgt +ve dalam hidup aku mase tuh la. (masa skrg pun stil +ve la..insyaAllah).
   Perubahan yang berlaku juga bukan semata-mata tuk "dia" bnyak lagi perkara yang buatkan aku berfikir ketika mahu berubah dan ingin berjaya dalam exam tyme tuh. Jadi perubahan dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah juga adlah sstu perubahan yang indah pada aku. Kali ini aku rasa sekali lagi aku diberi dorongan oleh seseorang (mungkin petunjuk dan hidayah untuk aku tapi disampaikan dlm cara ini) . Aku dengan rela juga dapat melaksanakan sesuatu yang aku kira jarang untuk aku lakukan. Sekarang aku berasa sgt senang hati untuk melakukannya. Tima kaseh kepadanya yang membuka ruang utk aku mendekatkan diri dengan Pencipta. Dirinya membuka laluan untuk aku dan aku ikhlaskan perkara yang aku lakukan kerana aku gembira utk melakukannya dan bukan kerana dirinya. 
   Aku suka apabila melihat orang kesayangan hati aku berubah untuk tidak merokok. Aku melihat sendiri bagaimana org kesayangan aku ini berhempas pulas menahan dirinya untuk tidak merokok dan aku HARGAINYA. Mungkin orang kesayangan aku ini terDORONG untuk berubah kerana orang disekelilingnya senantiasa memberi sokongan. 
   Dengan itu, kita juga mampu membuatkan seseorang itu berubah. Tapi perubahan yang akan berlaku apabila HATI seseorang itu sendiri sudah tekad. Ianya sentiasa terletak pada diri kita sendiri, tanyala hati kita dan PENDORONG itu akan menguatkan lagi niat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Memetik kata2  dari hadis:
" Tidak Allah ubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu sendiri tidak berusaha untuk berubah"
Apa perkara yang ingin kita lakukan bermula dari HATI & NIAT kita. Berpeganglah kepadaNya percayalah kita tidak akan kecewa.

PERASAAN SAYANG ITU BOLEH MEMBERI DORONGAN KEPADA SESEORANG UNTUK BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK.    
    Jay Arr menulis.. (^;^)




Saturday, June 25, 2011

K-a-U (CinTa Ku)


marilah amik2 angin kat blog nih... mendengar alunan irama si najwa latif ni tapi sebelum tuh baca quote nih dulu..dari CJ
 "kadang-kadang rasa tuh tak mampu nk ditulis oleh huruf dan titik, tapi boleh diterjemahkan oleh not-not muzik"
 "cinta pada seni memang mudah; cinta yang tak perlu bersambut dan rasanya tetap juga indah"
Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jika ku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

KAU YANG BERNAMA CINTA
HINGGA AKU RASA INDAH 

Friday, June 24, 2011

Nabi Muhammad SAW rindukan umatnya.. KITA?

Artikel hampir membuatkan aku menangis diakhir citernya..mungkin aku tersedar diri aku yang lalai dlm mengingatiNya dan Nabi Muhammad SAW.. Semoga hati ini akan lebih mengingatiNya dan Rasul ku


Adakah kita merindui Nabi Muhammad SAW setiap hari? Atau kita hanya merasa rindu ketika sambutan Maulid Nabi? Fikir-fikirkan.
Mari kita renungi sebuah kisah yang menunjukkan betapa baginda amat merindui kita; umat akhir zaman.
..................................................
Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar.
Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.
Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai.
Wajahnya yang tenang berubah warna.
"Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu? " Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.
"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.
"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula.
Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum.
Kemudian baginda bersuara, "Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasulullah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."
Pada ketika yang lain pula, Rasulullah menceritakan tentang keimanan 'ikhwan' baginda: "Siapakah yang paling ajaib imannya?" tanya Rasulullah.
"Malaikat," jawab sahabat.
"Bagaimana para malaikat tidak beriman kepada Allah sedangkan mereka sentiasa hampir dengan Allah," jelas Rasulullah.
Para sahabat terdiam seketika. Kemudian mereka berkata lagi, "Para nabi."
"Bagaimana para nabi tidak beriman, sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka."
"Mungkin kami," celah seorang sahabat.
"Bagaimana kamu tidak beriman sedangkan aku berada ditengah-tengah kau," pintas Rasulullah menyangkal hujah sahabatnya itu.
"Kalau begitu, hanya Allah dan Rasul-Nya sahaja yang lebih mengetahui," jawab seorang sahabat lagi, mengakui kelemahan mereka.
"Kalau kamu ingin tahu siapa mereka? Mereka ialah umatku yang hidup selepasku. Mereka membaca Al Quran dan beriman dengan semua isinya. Berbahagialah orang yang dapat berjumpa dan beriman denganku. Dan tujuh kali lebih berbahagia orang yang beriman denganku tetapi tidak pernah berjumpa denganku," jelas Rasulullah.
"Aku sungguh rindu hendak bertemu dengan mereka," ucap Rasulullah lagi setelah seketika membisu.
Ada berbaur kesayuan pada ucapannya itu.
- Artikel iluvislam.com

Wednesday, June 22, 2011

kesetiaan, kesabaran & keikhlasan seorang IsTeRi

Aduh…sakitnyer. ..isk…. . aduuh….Bang sakit nye tak tahan saya” keluh Nisa pada suaminya Zakri.
“Apelah awak nie….lama sangat nak bersalin dah berjam-jam dah tak keluar-keluar juga. Penat dah saya tunggu. Nih mesti ader benda yang tak elok awak buat , itu lah sebab lambat keluar budak tu banyak dosa la tu” rungut Zakri pd Nisa. Nisa hanya diam dan menahan sakit nak beranak, hampir 1 jam Nisa dalam bilik bersalin tapi baby tak keluar juga. Sebak hati Nisa bila Zakri berkata begitu.
Sejak mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zakri terhadapnya. Seakan-akan membenci Nisa dan anak yang dikandungnya. Jururawat datang memeriksa dan kemudian bergegas memanggil Doktor Johari. Doktor Johari (Doktor Peribadi) datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran. Nisa hanya mendiamkan diri menahan sakit dan air mata meleleh panas dipipi bukan disebabkan takut atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa meneran …”Come on Nisa u can do it…once more….” Kata ransang Doktor Johari itu membuatkan Nisa bertenaga dan sekali teran sahaja kepala baby sudah keluar…”Good mummy” kata Doktor Johari selepas menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan Nisa meneran untuk kali kedua dan keluar seorang lagi baby, kembar rupanya. “Nisa u got twin, boy and girl, putih macam mummy dia” kata Doktor Johari memuji Nisa. Tahniah Zakri,it’s a twin” Doktor Johari mengucapkan tahniah kepada Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya, kembar pulak. Memang Doktor Johari itu menyuruhnya melihat bagaimana keadaan kelahiran anaknya. Baby boy dan girl Nisa namakan Mohammad Danial dan Nur Dania. Nisa berasa lega… tapi Nisa masih lagi teringat kata-kata Zakri padanya sebentar tadi.
Terlalu banyak kata-kata yang membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu kalau Nisa mengadu pada emak, Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa hanya diam dan memendam rasa. Danial dan Dania diletakkan dinursery di Hospital itu sementara menanti Nisa berehat kemudian dapatlah Nisa menyusukan Danial dan Dania. Comel sungguh kembar Nisa. Nisa termenung dan otak fikirannya menerbang kembali detik-detik semasa Nisa mengandungkan kandungannya, Zakri selalu memarahi Nisa, ada sahaja yang tidak kena. Kata Nisa yang bukan-bukan, gila, ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal semuanya dihamburkan pada Nisa. Tak sanggup Nisa hadapi semua itu tapi demi kandungannya, Nisa kuatkan semangat dan pendirian Nisa.
Ingat lagi waktu Nisa mula mengandung Zakri tak percaya Nisa mengandung anak dia, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal samada Nisa mengandung.Zakri ragu anak dalam kandungan Nisa. Dia tak boleh terima baru tiga bulan kahwin dah mengandung.. .Nisa dah 2 bulan…Nisa cuma kosong selama sebulan selepas berkahwin. Nisa tak tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan. Pada mulanya Nisa gembira bila mengandung tapi sebaliknya pula yg terjadi. Perasaan hati Nisa bangga Nisa dapat memberi zuriat kepada Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat hanyalah tuduhan yang tak pernah terlintas di otak jemala Nisa. “Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu pelembut, suka berjenaka, ni tak asyik nak cari salah Nisa sahaja. Nape Bang?”soal Nisa pada Zakri. “Kaulah penyebabnya. Tak yah nak tunjuk baik plak” Zakri menempelak Nisa. “Jantan mana yang kau layan kat opis kau tu” sergah Zakri lagi. “Abg syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan isteri Abang yang sah tak kanNisa nak buat jahat ngan orang lain pulak Bang”? terang Nisa pada Zakri. “ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak baik cakap cam tu. Itu semua kehendak ALLAH” Nisa senyum dan menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zakri meleraikan pelukan Nisa dengan kasar sehingga Nisa hampir tersungkur. Nisa menangis dan sedih. Zakri buat tak tahu sahaja.
Deraian airmata Nisa semakin laju. Nisa hanya mampu menangis. Terasa dada Nisa sakit menahan semua tohmahan dari Zakri, suaminya yang sah.
“Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Nisa, kawan baik ngan bini sendiri, suami sendiri, bapak ngan anak, hah emak ngan menantu pun bole jadi tau apatah lagi macam kau nie, tau tak. Tu dulu kawan kau lama tu yang satu opis ngan kau tu, Farid, bukan main baik lagi budak tu” marah Zakri. “Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ….heee teruk. Nasib aku la dapat bini cam engkau ni”kutuk Zakri lagi pada Nisa.
“Bawa mengucap Bang, jangan tuduh saya yang bukan-bukan saya bukan perempuan tak tentu arah walaupun saya menumpang keluarga ni,saya bukan jenis macam tu saya tau akan halal haram, hukum hakam agama. “Walaupun saya tak tau asal usul keluarga kandung saya, saya bersyukur dan berterima kasih pada emak kerana jaga saya dari kecil dah macam darah daging saya sendiri” kata Nisa pada Zakri. “Tapi Abang tak boleh hina keluarga kandung saya walaupun saya tak pernah tengok muka ayah dan mak kandung saya. Mereka lahirkan saya kedunia,”ucap Nisa sambil menangis.
Semenjak kejadian itu Nisa terpaksa mengikut Zakri ke tempat kerjanya apabila habis waktu kerja. Nisa berehat di Surau tempat Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri shif malam terpaksalah Nisa menunggu Zakri sehingga pukul 10.30 malam – 11.30 malam sehingga habis Pusat membeli belah itu tamat waktu perniagaannya. Nisa terpaksa berbohong pada emak dan keluarga lain dengan mengatakan Nisa buat overtime di pejabat.
Nisa terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu dikata-kata dan dituduh lagi. Dengan keadaan perut semakin membesar Nisa gagahkan juga. Tetapi kadangkala Zakri tidak menjemput Nisa di tempat kerja terpaksalah Nisa menaiki bas. Begitulah Nisa sehinggalah Nisa hampir pada waktu bersalin Nisa. Kalau diminta jemput…macam- macam kata kesat dilemparkan pada Nisa, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah.
Pernah suatu hari Nisa naik marah kerana Zakri jemput Nisa lambat sampai sakit pinggang Nisa menunggunya. Nisa menangis. Zakri tiba-tiba naik angin dan cakap perangai Nisa macam firaun la, perempuan tak sedar dirilah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan macam-macam kata nista dilemparkan pada Nisa. Nisa tambah sedih mengenangkan diri Nisa, ngadu kat emak takut dimarahi pula…bila Nisa balik ke rumah, mereka berdua akan berlakun yang mereka tidak bergaduh…Nisa sedaya upaya tidak mahu menunjukkan yang masalah melanda perkahwinannya. Kasihan Nisa…dalam keadaan yang begitu Nisa masih mampu bertahan, masih kuat lagi emosinya.
Satu hari Zakri dalam keadaan marah telah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa ke dinding…Nisa hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan gara-gara Nisa nak pergi ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin mengahwinkan anaknya di Tanjung Karang. Emak Nisa dah seminggu pergi ke sana untuk menolong.
Hari dah mula petang jadi Nisa mendesak agar bertolak cepat kerana kalau hari malam nanti bahaya , “Kita nak jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut. Masa nilah kita nak membalas pertolongan mereka, ingat tak masa kita kahwin mereka bekerja keras kan”kata Nisa pada Zakri. Zakri ketika itu sedang berehat menonton. “Bang dengar tak ni, lagi pun hari dah mula gelap,takutplak hujan nanti”desak Nisa lagi.
Tiba-tiba Zakri bangun dan mukanya bengis memandang Nisa “Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ker,suka hati aku lah nak pegi malam ke siang ke tak pegi langsung ker” marah Zakri. “Itu Nisa tau, Abang dah berehat dari pagi tadi Bang masih penat lagi, Nisa cuma nak ingatkan Abang saja”Nisa memberitahu Zakri. Zakri datang pada Nisa dan direntapnya rambut Nisa dan di hantukkannya kepala Nisa kedinding. Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH sanggup Zakri berbuat demikian…terasa kebas kepala Nisa dan mula membengkak. Pening kepala Nisa dibuatnya.
“YA ALLAH kau kuatkan iman aku YA ALLAH, lindungilah aku dan kandungan aku dari bahaya YA ALLAH” doa Nisa dalam hatinya. Nisa memencilkan diri Nisa disudut dinding dan menangis. Zakri kemudian duduk diam. Nisa rasa kepala Nisa macam nak pecah. Kebas masih lagi terasa, membengkakdan berdenyut2. ” Bang, Nisa minta maaf jika Nisa membuat Abang marah” Nisa memohon maaf pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Sapa plak nie sebok je….”Rungut Zakri yang tengah sibuk berborak dengan kawan-kawan di salah sebuah cafe. “Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad tak gi jengok ke, apa punya laki ko nie? sindir Azlan, kawan pejabat Zakri. “Alah, dia sihat je kat wad tu, makan tanggung berak cangkung, ha,ha,ha”gelak Zakri dan kawan-kawan lain. Azlan cuma berdiam diri.
“Senangnya hidup Zakri nie tak ader risau langsung pasal bini dia”cetus hati Azlan. “Akulah kalau bini aku masuk wad bersalin aku sentiasa dok sebelah dia tau…mereka perlukan kita masa tu…nyawa mereka dihujung tanduk semata-mata nak melahirkan zuriat yang dari darah daging engkau tau,cuba fikir sikit” Azlan mengingatkan Zakri.
“Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah bersalin, selamat dah, sekarang tengah berehat laaa, apa aku nak risau lagi” jawab Zakri selamba. “Suka hati kau lah, tapi kalau ader apa-apa nanti kau jangan menyesal Zakri, sesal tak sudah nanti” kata Azlan lagi. Treet, Treet, Treet….bunyi handphone Zakri. “Hello Zakri speaking” jawab Zakri. “Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang segera ke hospital ye Zakri, Nisa tidak sedarkan diri………”panggilan kecemasan dari Doktor Johari. “Iye ke, teruk ke dia Johari , okay I datang”…tuttttttt. Zakri menamatkan perbualannya dengan Doktor Johari.
“Lan. Kau ikut aku, Nisa tak sedar diri …”ajak Zakri pada Lan.”Hah, tadi kau kata bini kau ihat”tanya Lan pada Zakri. “Alah jom ler cepat” desak Zakri. “Zakri, kami tak dapat selamatkan Nisa, Nisa mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum nie pernah tak Nisa jatuh atau…terhantuk kuat cause sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama?
tanya Doktor Johari dengan serius dan ingin penjelasan Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri. Automatik otak Zakri teringat yang dia pernah menarik rambut Nisa dan menghantukkan kepala Nisa kedinding sekuatnya… dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah pun membawa Nisa ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya dan semenjak kejadian itu Nisa sering sakit kepala yang teruk …tapi Zakri tidak pernah mengendahkan kesakitan Nisa….baginya Nisa mengada-ngada ..saja buat sakit untuk minta simpati…tetapi sebaliknya…..Zakri hanya diam….”YA ALLAH apa aku dah buat” rasa bersalah membuat dirinya rasa menggigil…
“Doktor Zainal yang merawat Nisa kerana Nisa mengadu sakit kepala sewaktu Nisa memberi susu pada kembarnya di Nursery, sakit yang amat sangat katanya so Doktor Zainal membawa Nisa ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal, kami tak mampu lakukan apa-apa kerana Nisa tidak mahu dioperation sebelum meminta izin dari kau Zakri, Nisa telah pergi dulu dengan tenang.Permintaan terakhir Nisa, Nisa minta kau membaca diarinya. I’m really sorry Zakri.ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat menghalangnya” kata Doktor Johari lalu memberikan Zakri sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan membuka setiap lembaran diari Nisa, setiap lembaran tertulis rapi tulisan Nisa dan peristiwa yang berlaku pada Nisa pada setiap hari , Zakri membacanya sepintas dan nyata keluhan,kesakitan segala luahan rasa Nisa semuanya tertera di diarinya. Dan Zakri dapati setiap peristiwa itu semuanya perlakuan buruk Zakri terhadap Nisa…
“YA ALLAH kenapa aku buat Nisa begini” terdetik hati Zakri selepas membaca tiap lembaran diari Nisa. Dan terpandang oleh Zakri mukasurat akhir lembaran diari yang ditanda dengan bunga ros merah yang telah kering…membuat Zakri tertarik untuk membacanya.. .Untuk suami Nisa yang tersayang, I LOVE U Bang… “SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN YANG PERTAMA”
Assalamualaikum. Abang, Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Nisa sewaktu mula mengenali Abang. Lama Nisa simpan bunga tu Bang. Bunga inilah lambang bermulanya perkenalan
Nisa dengan Abang. Nisa benar-benar menyayangi Abang. Nisa menyimpan setiap hadiah yang
abang bagi pada Nisa. Abang tak pernah tahu kan… Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Nisa..Terlebih dahulu Nisa ingin sangat dengar Abang panggil Nisa AYANG seperti kita baru kahwin… Abang panggil Nisa AYANG…terasa diri dimanja bila Abang panggil Nisa cam tu…walaupun Nisa dapat merasa panggilan AYANG itu seketika sahaja. Abang dah banyak berubah. Perkataan AYANG telah hilang dan tidak kedengaran untuk Nisa lagi. Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang…mukasurat nie khas utk Abang. Bacalah semoga Abang tahu sayangnya Nisa pada Abang.
Abang ingatkan hari nie hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan NIsa hadiahkan Abang……. Danial dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah Abang bagi kerana tak ada apa yang Nisa inginkan melainkan kasih sayang Abang pada Nisa. Nisa akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Nisa. Nisa pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga Danial dan Dania dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Danial dan Dania tak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Nisa dan mereka adalah darah daging Abang. Jangan seksa mereka. Abang boleh seksa Nisa tapi bukan mereka. Sayangilah mereka…Nisa ingin mengatakan bahawa Nisa tak ada hubungan dengan sesiapa melainkan Abang sahaja di hati Nisa. Jiwa dan raga Nisa hanya untuk Abang seorang.
Terima kasih kerana Abang sudi mengahwini Nisa walaupun Nisa in cuma menumpang kasih disebuah keluarga yang menjaga Nisa dari kecil hinggalah Nisa bertemu dengan Abang dan berkahwin. Nisa harap Abang tidak akan mensia-siakan kembar kita dan Nisa tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Nisa yang malangkerana menumpang kasih dari keluarga yang bukan dari darah daging Nisa…tapi Nisa bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga ini. Nisa harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Nisa ibunya akan sentiasa bersama disamping kembar kita, walau pun Nisa tak dapat membelai dan hanya seketika sahaja dapat mengenyangkan kembar kita dengan air susu Nisa. Berjanji pada Nisa dan ingat DANIAL dan DANIA adalah darah daging abang…Ampunkan Nisa dan halalkan segala makan minum Nisa selama setahun kita bersama.
Sekiranya Abang tidak sudi menerima Danial dan Dania berilah pada emak Nisa supaya emak menjaga kembar kita dan segala perbelanjaan Nisa dah buat nama emak untuk KWSP Nisa. Biarlah emak menjaga kembar kita sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Nisa nanti bila memandang kembar kita. Comelkan anak kita bang…..Dania mengikut raut muka Abang…sejuk kata orang dan Nisa yakin mesti Danial akan mengikut iras raut wajah Nisa…Ibunya. ..sejuk perut Nisa mengandungkan mereka. Inilah peninggalan Nisa untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati diri Nisa walaupun Nisa sudah tiada disisi Abang dan kembar kita.
Wassalam.
Salam terakhir dari Nisa Untuk Abang dan semua.
Doakan Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
“Sabarlah Zakri, ALLAH maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Danial dan Dania” pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk membisu. YA ALLAH, Nisa maafkan Abg Nisa. Zakri longlai dan diari ditangannya terlepas, sekeping gambar dihari pernikahan antara Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan Zakri mengambilnya. Belakang gambar itu tertulis “HARI YANG PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA BUATNISA DAN SEKELUARGA. NISA DISAMPING SUAMI TERCINTA SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA DAN KELUARGA NISA HINGGA KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Zakri seakan orang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuannya terhadap isterinya Nisa seperti terakam dalam kotak otaknya…setiap perbuatannya. ..seperti wayang jelas terpampang.. . kenapalah sampai begini jadinya…kejamnya aku…Nisa, Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewaktu jenazah Nisa tiba dirumah suasana amat memilukan. Zakri tidak terdaya untuk melihat
keluarga Nisa yang begitu sedih atas pemergian Nisa. Namun emak Nisa begitu tabah dan redha. Danial dan Dania sentiasa di dalam pangkuan neneknya.Saat akhir untuk melihat Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa tenang bersih dan Zakri kucup dahi Nisa buat kali terakhir seakan-akan lirik mata Nisa mengikuti wajah Zakri.
“Nisa Abang minta ampun dan maaf” bisik Zakri perlahan pada telinga Nisa sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa-nimpa dirinya. Apabila Zakri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zakri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah diangkat oleh Zakri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan ramai yang mengiringinya termasuklah kembar bersama. Walaupun kembar tidak tahu apa-apa tapi biarlah kembar mengiringi pemergian Nisa, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih ketika itu. Zakri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Nisa yang selama ini merana atas perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah Nisa selamat dikebumikan. Satu persatu orang ramai meninggalkankawasan pusara dan akhirnya tinggallah Zakri keseorangan di pusara Nisa yang merah tanahnya…meratapi pilu, berderai airmata dengan jutaan penyesalan.
“YA ALLAH , kuatkan hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU sahaja yang mengetahui dosa aku pada Nisa….ampunkan aku YA ALLAH….”akhirnya Zakri terlelap disisi pusara Nisa bermimpikan oleh Zakri, Nisa datang mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk Zakri dengan lembut mulus. Zakri melihat Nisa tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Nisa Putih bersih. Nisa,Nisa, Nisa nak kemana Nisa, Nisa, Nisaaaaaa….. Zakri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembar menangis. “YA ALLAH,Zakri,Zakri bangun Zakri…dan hampir senja ni, mari kita balik, kenapa kau tidur kat sini Zakri?” tegur abang long , abang ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat emak dan kakak ipar mengendung kembar. Mereka menangis.
Zakri berlari menuju ke arah kembarnya dan mengusap-usap ubun-ubun anak kembar dan secara
automatik kembarnya diam dari menangis. “Danial, Dania anak ayah, ayah akan menjagamu nak…
kaulah penyambung zuriat, darah daging ayah… emak, abang dan kakak ipar Zakri tersedu hiba dan mereka berlalu lemah meninggalkan pusara Nisa….
**citer nih diambil dari blog dibwh. Thanks..

Monday, June 20, 2011

i'm in love-glay

it's a long time for me to find this song with the translations and finally i got it babe!!  
even i cant understand the lyrics i still enjoy listening this song..maybe i can feel the happiness in this song.. 




Japanese

i'm in love

Chiisa na pokke ni gyutto tsumateita
kusa no nioi no takaramomotachi wa kakurembo
hodoketa kutsuhimo musunde kureta kimi o nose
manatsu no takasugiru kumo ni mukatte shouryokou
[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY
mabuta no ura ni wa ano hi no bokura
[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY
itsu demo nani ka ni kizutsuiteta ne
I'm just in love I'm just in love
I'm just in love oh Singin' my life
furuita arubamu hiraita boku wa
wakakatta futari to ima ja toshi mo sou kawaranai
Shouwa to iu no jidai ni bokura o kakaete hashitta
sonna anata no ikigai ga shimite nakitaku naru
[FROM] LONELY DAYS WE CAN FLY
yutaka na hibi ni natsukashiku omou
[FROM] LONELY NIGHTS WE CAN FLY
OK! THANK YOU FOR YOUR LOVE
I'm just in love I'm just in love
I'm just in love oh Singin' my life
WE WILL ROCK YOU WORDS FROM HEAVEN! (6x)




English

i'm in love

I'm in Love
In the small pocket,
treasures smelling grass are hide-and-seek
With you being kind to tie my undone shoelace,
going on a short trip to the too high sky in midsummer
(from) lonely days we can fly
Imagining us at that day behind eyelid
(from) lonely nights we can fly
Having got hurt by something anytime
I’m just in love I’m just in love
I’m just in love oh singin’ my life
I opened an old photo album
Now I’m as old as my parents in their younger days
Both of you (parents) ran in Showa era, while bringing us
I almost cry when I imagine how hard your life was
(from) lonely days we can fly
I miss those days full of memory
(from) lonely nights we can fly
OK! Thank you for your love
I’m just in love I’m just in love
I’m just in love oh singin’ my life
We will rock you words from heaven!



Sunday, June 19, 2011

D.O.A UNTUK CINTA

Assalamualaikum w.b.t

Buat rakan - rakan yang kusayangi... seandainya kita masih lagi mencari cinta hati kita, bersyukurlah kerana kita masih sempat memilih jodoh yang terbaek utk kita. Janganlah kita berkeluh kesah dengan lambatnya datang jodoh kita. Bukankah itu urusan Allah, yer..sekalipun itu urusan Allah kita haruslah mencari kelasi yang terbaek untuk mengemudi bahtera rumahtangga kita. Tanyalah hati kita apa yang kita mahukan, yang macam mana kita mahukan dan apa yang kita dambakan. Berdoalah padaNya, pasti Dia mendengar luahan kita. Mengambil kata - kata Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah."
Jadi janganlah kita gopoh dalam memilih jodoh ini. Pabila kita bertemu dengan seorang yang kita rasakan ia adalah benar pilihan kita yang tepat..bersabarlah dulu, kenali lah zahirnya terlebih dulu dan memohon petunjuk dariNya. Minta juga pandangan dari Ibu Bapa kita serta rakan yang terdekat. Jadi usahlah terlalu risau tentang jodoh kita kerana Dia yang diatas telah mencatatkan segalanya untuk kita hanya menunggu kita sahaja yang berusaha mencari yang terbaek untuk diri kita.


Ini adalah doa dari Ustaz Badrul Amin. 
DOA CINTA

Ya Allah, Kurniakanlah aku CintaMu
Kurniakanlah Daku Cinta Orang Yang Cinta KepadaMu
Kurniakanlah Daku Cinta Apa Sahaja 
Yang Menghadirkan Aku Pada Cinta Allah
Semoga Cinta Allah Itu Lebih Kita Dambakan 
Daripada Seteguk Air....

*marilah sama2 kita amalkan..semoga mendapat apa yg kita mahukan dan diberkatiNya. Amin.

Saturday, June 18, 2011

~S.e.N.D.i.R.i~

Wednesday, June 15, 2011

L.I.S.T.E.N

untuk dia yg pernah....
   aku boleh mendengar bicara mu, stiap luahan yang engkau lafazkan ku sematkan dihati. setiap patah bait bicara itu aku ambil sebagai azimat untuk mewarnakan kehidupan kita dulu...
aku alunkan setiap langkah aku dengan memberikan dirimu cahaya agar kau dapat bersinar dengan kilauan itu..ya aku cuba sinari hidupmu..agar kau dpt merasakan apa itu kehidupan.
rusuh dihati aku, engkau tak perlu ambil tahu sb aku selindungkan untuk dirimu yg pernah tenggelam dlm kegelapan.. aku berusaha untuk mu dan aku agar kita peroleh kemanisan bersama..hingga aku abaikan siapa aku dan jadi bkn aku... pernah aku nyatakan malah berulang kali dgn mu kita perlu menuju jln putih dan berseri itu namun dirimu masih tidak sedar..kau hanya mahukan aku jadi lilin menerangi ruangan mu yang kelam yang memaksa aku terseksa membakar diri...
   dan aku ketika itu masih bertahan dgn mu agar kau dapat menyedari khilaf diri..kekurangan mu, aku sedia trima malah itu adalah kekuatan mu utk diriku...
dan aku masih mendengar..mendengar bibit2 yg sudah mula agak kasar dari aku. kerana kau tetap disitu bersama senyuman yg aku lakarkan pada dirimu. senyuman aku jadi palsu untuk aku dan dirimu seakan tidak menyedari aku disisi..dan dirimu hanya mendengar keluh aku dan hanya sekadar mendengar... engkau sepatutnya mendengar hati aku bersamamu bukan suara kasar aku padamu semata.. engkau tetap keras disitu mahukan aku terangi cahaya gelitamu yg sudah tak mampu utk aku kilau kan.
   masa mengubah pemikiran aku dgn engkau yang hanya kaku mendengar shj... aku disuluh cahaya dari atas langit dengan memandu aku  kepada hidayah yg sebenar. lalu aku pesongkan cahaya utk mu kepada diri aku yg sebenar..bagi mencari aku hambaNya yang Satu. aku patut didengari dari dulu olehmu..sejak mula lagi tapi kau seolah kebal tak terlut sekalipun dgn titis air mata aku..kau mmg begitu dan ttap begitu hanya mendengar suara hati sadismu.
    tika aku langkah dengan cahaya baru dgn meninggalkan mu..kau terduduk, kau laung2 kan mahu mendengar segala rasa aku.. tika itu juga aku bekukan diri agar diri aku tak terusik oleh angin sendumu. dan kini jgn kau cuba tiupkan kembali walau ade seketika aku masih terdengar desir bicaramu.
   kini aku mahu bebas membawa cahaya indah itu bersama aku..bersama Dia yang Satu. Dia yang Maha mendengar umat dan hambaNya yang beramal kepadaNya. 


semoga kau menyedarinya...


*we huv to listen when smone trying to express their feeling.. we shud respect too...

Listen to the song here in my heart
A melody I start but can't complete
Listen to the sound from deep within
It's only beginning to find release
Oh the time has come for my dreams to be heard
They will not be pushed aside and turned
Into your own, all 'cause you won't listen

Listen
I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried
To say what's on my mind
You should have known oh

Now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what
You've made of me
I followed the voice, you gave to me
But now I've gotta find my own

You should have listened
There was someone here inside
Someone I thought had died
So long ago

Oh I'm screaming out
And my dreams will be heard
They will not be pushed aside or worse
Into your own
All 'cause you won't listen
Listen
I am alone at a crossroads
I'm not at home in my own home
And I've tried and tried
To say what's on my mind
You should have known oh
Now I'm done believing you
You don't know what I'm feeling
I'm more than what
You've made of me
I followed the voice, you gave to me
But now I've gotta find my own

I don't know where I belong
But I'll be moving on
If you don't, if you won't

Listen to the song here in my heart
A melody I start, but I will complete

OH now I am done believing you
You don't know not what I am feeling
I'm more than what you've made of me
I followed the voice you think you gave to me

But NOW I GOT TO FIND MY OWN
MY OWN

Saturday, June 11, 2011

MeRenUng DiRi

SALAM ....


beza aku ngan dia bagai langit dan bumi.... melihat dia yang teratur cm tuh aku
cm tak leh nk trima kalu aku bleh jad cm dia kan..
but people changes rite... berubah ke arah kebaikan xpe kan...
jadi pabila aku cuba merenung diri aku nih...byk sgt kekurangan pada aku...
dah aku tanya pada diri aku.. layak kah aku untuk dia?
dia byk gak la buat aku berfikir, muhasabah diri aku...
dia bersahaja je dlm berkata2 dgn aku...
aku nih mmg la tak leh nk kntrol sgt kan.. ahahhaa...
kawan aku pesan: jgn la merendah diri sgt... kita pun ade kelebihan
setiap dari kata memiliki perkara yg lebih dan kurang..
untuk jadi baik, kita mesti berkawan dgn org yang baik...
aku pernah terbaca satu artikel ni: jika kita berkawan dgn 
seorang pembuat mnyak wangi, kita juga akan mendapat faedah darinya..cthnya:
kita dapat bau yang harum ketika bersamanya dan secara tidak langsung
mgkin kita memperoleh ilmu darinya. dan..jika kita berkawan 
dgn pembuat besi kita akan mendapat percikan besi 
yang bleh melukakan diri kita... itu hanya la perumpaan 
dari artikel tapi menarik tuk di kongsi... :) 
aku percaya gak..yang aku bleh menuju kebaikan...
semoga aku juga mampu menjadi sepertinya..InsyaAllah... :)
** sedang search smthin kat internet terjumpe lirik nih.. nice..

Sampai bertemu
Abadikan cinta ini di hatimu
Kenang daku di setiap ruang waktu
Usah diragui dan bersedih hati
Bersabarlah meniti sepi
Kejauhan ini

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Dan semoga dibukakan semua pintu
Jalan bahagia
Antara kita
Dengan izin dari-Nya

Hingga bertemu
Aku 'kan selalu menunggu
Biarpun sering ku diuji
Dalam penantian menyiksakan ini
Tak kupeduli
Hingga bertemu
Jangan lupa pada janji yang dulu
Satu yang indah dalam hidupku
Satu itulah dirimu

Sampai bertemu
Kudoakan sejahtera di hatimu
Bersabarlah mengharungi liku hidup ini
Aku 'kan setia menanti

Friday, June 10, 2011

Yaa.. aKu InGiN bErSaMa mU


hee...lama sudah aku tak berkata2 didlm blog nih so skrg
aku ingin berkata2 ttg perasaan aku...ahahaha..
korg mesti tak nk mo percaya bukan...
   aku pun tatau cmne aku juga bleh terkena panahan CINTA ini
terjebak dlm lautan berperasaan ini...chewahhh
aku tak de la sangka kan...inikan rancangan yang diatas
untuk kita... aku trima dgn redha...
orang yang aku suka ini..mgkin dia pun tatau
yang aku nih mmg suka kat dia..pasai pa aku suka dia???
itulah persoklannya...aku sendiri pun tak dpt nk menangkap persoklan yg aku suka dia
ape kono ngan diri aku nih.... 
tapiii...yang pasti itulah perasaan yg HADIR...kurniaanNya..
psstt...ade yg pasti dari hati aku yg tulus ikhlas nih nape aku suka dia...
tapii..biarlah rahsia...(alala..nnti korg dpt tau gak nnti..sb aku bgtau gak nnti..)ehehe
aku pun tatau la since when kan aku nih 'falled in love'..
tapi aku wat xperiment sket..aku tgk simpton2 yg aku alami ni:

1. aku asyik duk tggu dia on9 je.. biarlah berape lama makk tak kesahhh

2.  bila dia dh on9 say hi kat aku sat pun dh xpe (senyum dlm hati satu ari)
kang kalu aku senyum kat mulut roomate aku dpt detect..ehehe.. 

3. bila dpt chat ngan dia...senyum n gelak kat depan lappy memanjang je..
padahal bkn citer maharajalawak punnn...

4. nih parahh..penantian satu penyeksaan..kdg2 rase nk pi je jupe dia!!!
xnk dh chit chat nih...ahahaha sabo2..ko tuh pompuan peahh!hiks

5. dh abes sembang..mula nk mengelamun kan.. aisshh..
nk tdo pun tersenyum2...hapo la nih.. (cubala kntrol sket..)

itulah sedikit sebyk yg aku leh kongsikan..yg lain2 tuh xyah la..
benarrr.. lirik ini menceritakan segalanya tentang diri aku skrg nih..
*korg doa2kan lah kebahagian aku eh...

Pandangan pertama
Dan senyumanmu
Yang penuh kemesraan
Terukir di ingatan
Tiap detik berlalu
Tak bisa untukku melupakanmu

Setiap ketika ku rasakan
Bayanganmu menemani
Ke mana pun ku pergi
Hingga di dalam lena
Ku masih lagi termimpi-mimpi
Apakah kau pun terasa
Segalanya yang ku rasa

Andai ada ruang di hatimu
Inginku menjadi ratumu
Mengecapi cinta Ke akhir usia
Dalam suka Dan di dalam duka
Ingin aku bersamamu Kekasihku

Ku sering tertanya
Beginikah berputiknya cinta
Menghiasi jiwa
Rindu menjadi lagu
Gemersik suaramu ungkapan shahdu
Apakah kau pun begitu
Asyik terkenang diriku

Walau ke hujung dunia
Kekasihku
Walau di hujung waktu
Takkan pudar cintaku
Untukmu

*aku xde la jiwang...lirik nih je nmpak jiwang. tapi shafinaz nyanyi lagu membuai2 kan perasaan aku je..ehehe

Tuesday, June 7, 2011

terima dan maaf

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail,
hendaklah kamu mengambil ikan itu...
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia
semula ke dalam air begitu saja...
Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya,
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup

Begitulah juga... 

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...
Setelah ia mulai MENYAYANGIMU,
hendaklah kamu MENJAGA hatinya...
Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja...
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu...Jika kamu menadah air biarlah berpada,

jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia
begitu teguh... cukuplah sekadar keperluanmu...
Apabila sekali ia retak... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula...
Akhirnya ia dibuang...Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi...

Dan 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya...Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begituistimewa...Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukanmudah bagi kamu untuk menerimanya...Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya...Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi,yang kamu pasti baik untuk dirimu...Mengenyangkan. Berkhasiat...Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain...Terlalu ingin mengejar kelazatan...Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya...Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan...yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu...MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU...Mengapa kamu berlengah...cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain...Terlalu mengejar kesempurnaan....Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain...Kamu juga yang akan MENYESAL...

*nota dari seorg kwn ...baik utk dikongsi.. :)

HaLaMaN Jay Arr