BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 26, 2011

peR- BeR- U.b.A.H -hAN

Perubahan yang paling baik ialah perubahan yang berlaku dari dalam, sebab itu kekal. Perubahan yang paling buruk ialah perubahan luaran sebab itu lakonan.

   Apabila kita beralih dari fasa yang elok kepada yang lebey baik perubahan yang dialam itu akan membuatkan diri kita berada dalam zon yang tenang. Setelah kita berjaya melakukan sesuatu yang kita rasakan tidak mampu dulu, tetapi sekarang kita dapat buat dengan rela dan ikhlas serta bersemangat, kebahagiaan itu ada dalam hati kita. 
   Dalam melakukan perubahan ini, saya percaya bukanlah senang untuk kita lakukan tanpa ada DORONGAN ataupun PENDORONG. Aku masih ingat ketika aku berada di Form 3, tyme PMR ni.. setiap kali aku ke sekolah aku mempunyai seorang pendorong walaupun "dia" sebenarnya tidaklah tahu yang "dia" adalah insan yang banyak memberi dorongan kepada aku ketika itu (tak dikira la parents tuh mmg teratas carta hati aku). Pembakar Semangat tuk aku blaja. Aku sentiasa mahu ke sekolah tanpa mengira waktu, cuti sekolah aku rasakan bagai penghalang untuk aku belajar. Asalkan ade kelas tambahan aku rasa akulah orang yang paling seronok kerana dapat belajar dengan adanya "dia". Padahal duk dlm kelas tuh aku bukanlah tertgk sgt kat dia...tetapi membuatkan "dia" tuh berada disisi aku mejadikan aku sgt tekun mentelaah pelajaran. Aku membuat dan menjawab soklan Sains & Math (nih subjek yang paling aku minat la masa sk0ol dulu) dengan bersungguh2 agar sb nnti bila cikgu tanya aku boleh jwb tak Jay Arr?aku akan jawb boleh dan "dia" akan melihat kearah aku. Jadi pada waktu itu aku juga dapat melihat "dia" dengan mukanya yang tersenyum. (^_^) sungguh pada ketika aku jad tambah bersemangat tuk blajar. Balik dari skulah dengan rajin juga aku wat homework bukan sb takut cekgu tapi disebabkab"dia". Perubahan yang aku alami disinilah ialah dari aku tak bersemangat nk blaja aku didorong eloh seseorang yang berjaya membuatkan aku dapat A dalam subjek2 tad hihi. Dorongan itu aku simpan sampai aku blaja di universe universiti. Perubahan yang aku perolehi mendatangkan kesan yang sgt +ve dalam hidup aku mase tuh la. (masa skrg pun stil +ve la..insyaAllah).
   Perubahan yang berlaku juga bukan semata-mata tuk "dia" bnyak lagi perkara yang buatkan aku berfikir ketika mahu berubah dan ingin berjaya dalam exam tyme tuh. Jadi perubahan dalam memperbaiki hubungan kita dengan Allah juga adlah sstu perubahan yang indah pada aku. Kali ini aku rasa sekali lagi aku diberi dorongan oleh seseorang (mungkin petunjuk dan hidayah untuk aku tapi disampaikan dlm cara ini) . Aku dengan rela juga dapat melaksanakan sesuatu yang aku kira jarang untuk aku lakukan. Sekarang aku berasa sgt senang hati untuk melakukannya. Tima kaseh kepadanya yang membuka ruang utk aku mendekatkan diri dengan Pencipta. Dirinya membuka laluan untuk aku dan aku ikhlaskan perkara yang aku lakukan kerana aku gembira utk melakukannya dan bukan kerana dirinya. 
   Aku suka apabila melihat orang kesayangan hati aku berubah untuk tidak merokok. Aku melihat sendiri bagaimana org kesayangan aku ini berhempas pulas menahan dirinya untuk tidak merokok dan aku HARGAINYA. Mungkin orang kesayangan aku ini terDORONG untuk berubah kerana orang disekelilingnya senantiasa memberi sokongan. 
   Dengan itu, kita juga mampu membuatkan seseorang itu berubah. Tapi perubahan yang akan berlaku apabila HATI seseorang itu sendiri sudah tekad. Ianya sentiasa terletak pada diri kita sendiri, tanyala hati kita dan PENDORONG itu akan menguatkan lagi niat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Memetik kata2  dari hadis:
" Tidak Allah ubah nasib sesuatu kaum itu, jika kaum itu sendiri tidak berusaha untuk berubah"
Apa perkara yang ingin kita lakukan bermula dari HATI & NIAT kita. Berpeganglah kepadaNya percayalah kita tidak akan kecewa.

PERASAAN SAYANG ITU BOLEH MEMBERI DORONGAN KEPADA SESEORANG UNTUK BERUBAH MENJADI YANG LEBIH BAIK.    
    Jay Arr menulis.. (^;^)




2 comments:

lisa nurlisa said...

dulu, mase adek form 1,2 n 3 adek pown ad my idol sndiri dlm kelas.. lastly, i got 8a in pmr with my idol..hehe..btw ksian idol adek x dpt g taiping gak..hahaha....dat's my story la...

Jay Arr said...

hohoho.. idol kakak jay ar, idol adek? kakak ade..adek ade?

HaLaMaN Jay Arr