BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 27, 2011

::LuaHaN aKu TiaDa KaTa~sEsemPurNa PeraSaaN yG. aKu aLaMi ::

...Salam..selamat pagi yang penuh dengan keindahan dariNya..

izinkan aku meluahkan rasa syukur ku padaNya yang mendatangkan kegembiraan ini. syukur alhamdulillah padaMu Ya Allah diatas perasaan ini...perasaan yang tak dapat ku ucap dan madahkan dimana2 pun, bkn diatas kertas dan bkn juga diruangan ini. hanya pada hati dan perasaan yang yg dapat ku rasakan.

dengan kabar gembira ini juga aku panjatkan doa padaMu ya Rabbul Izzati
"Segala puji kepunyaan Allah, Tuhan yang memelihara segala alam pujian yang menyamai nikmatNya dan menandingi keutamaanNya"
mengambil puisi dari buku 'Diari Sufi':

Terima kasih Tuhan atas cinta ini...
Terima kasih Tuhan atas rasa ini...
Terima kasih Tuhan atas rindu ini...

Terima kasih Tuhan kerana menciptakan cintanya untukku...
Terima kasih Tuhan kerana membibitkan cintaku untuknya...
Terima kasih Tuhan atas pertemuan itu...
Syukurku atas anugerah ini.
 
Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
... Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kau pun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Saturday, September 24, 2011

"wHo aM I?? , I'm SpideRMan!!" :P

Salam...dipetang sabtu yang santai ini, sambil2 beristirehat mengadap laptop nih..terasa ingin pula aku berkata-kata dan berkongsi citer ngan korg nih. PERSEPSI.


Chewahh!! tuhla dia 'persepsi'...persepsi atau pun pandangan la kan maksudnya atau menurut kamus dewan (haah...aku bg maksud dari kamus dewan lagii hehehe...)

  • persepsi (persépsi):  gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pandangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya;
Meh la aku nk berciter sketkan... aku bawakan perkataan ini kat korg kerana nk mengkaborkan tentang pandangan org terhadap aku nih. Persepsi orang yang baru mengenali dan selepas mengenali aku.


Situasi 1: didalam bas
Girl: awak nk pegi mana?
Aku: saya nk ke kuantan.
Girl: belajar kat UFO (universiti bkn nama sebenar) ke?
Aku: ye.
Girl:awk tak cuti ke?bkn ke skrg bdk UFO tgh cuti?
Aku: oh tak, sy amik lain(tak dpt diterangkan disini, atas sb2 tertentu) so xleh nk cuti.
Girl: umur awk ni berapa?
Aku: (dengan senyum manis sket menjawab) 28 (korg jgn percaya nih)
Girl: eh betul ke nih?akak la nih...tak cayalah saya.
Aku:(senyum lagi..)
Girl: akak tak nampak mcm 28, nmpak cam 20-23 cam tuh
Aku: (hagak2 la dik oii... muda sgt tuu kot nk cover pun)senyum je la aku punn...


Situasi 2: di foyer e-learning(sesape yg tau nih,bagus! haha)
Man: Assalamualaikum
Aku:(jwb salam dlm hati je..takut aku)ye..ada pe?
Man: Kita satu kelas kan bleh grup sm2 tak tuk assgn nnti?
Aku: oh bleh je kalu nk join grup.
Man:nk panggil pe ye?
Aku; Musalmah (bkn nama sebenar aku ni)
Man: sy Rahim (nama pilihan suka hati aku),dulu ijazah kat cni ke?
Aku:eh tak saya bkn budak edu dulu, dari UiTM(bangga nih bdk Uitm).
Man: habis nih umur berape?
Aku:(ape habis2?igt  habis citer ke) 28(cam kat atas tad gak, jgn percaya nih)
Man: lorh...igt bdk fresh baru masuk..kecik je nengok.
Aku:(ewah2 tad sopan bkn main, nih siap ckp suka hati je) eh tak.. sy dh amik diploma n ijazah n dh keje setahun..(wat action sket...hahaha)


itulah situasi2 yang aku hadapi, bila org baru nk mula kenal aku kan..pandangan diorg terhadap aku yang kelihatan nmpak muda la dari umur sebenar. Ye aku mmg bersyukur bila org kata aku nih awet muda..aku suka je n terima kasih bagi pujian tuu. tapi bila bab yg lebeynya ialah bila dorg cam tak nk caya umur tuh siap compared ngan fizikal aku. "eh betul ke ni umur awk ni?", awk xnmpk mcm 28 jew"... siap nk persoalkan umur aku plak. Hahaha..xpela kan anggap la tu suma kebaikan tuk aku kelihatan lebih muda. Persepsi or first impression org kat aku cam tula..kdg2 aku dh dpt agak dh ape yg diorg nk kata kat aku sb dh slalu terjadi mcm tuh kat aku smpi tak igt dh nk kira.. 


sama gak la yang bila dh kenal aku pun diorg still nk ckp "xpe u tak perlu risau walaupun umur u dh 28 u still look young".. hmm ye korg.thanks menyedapkan hati aku nih.  Apa2 pun nk nmpak muda??? korg senyumlah selalu yer!! hihii... Sentiasa senyum bukan saja nmpak muda, tapi dapat menghindarkan penyakit dan kita dapat pahala. (pasal tajuk n perkara yang aku tulis nih korg relate kan lah sendiri eh..mesti korg bijak meneka kan... who am i?im spiderman!) like sgt2 sebut cam dlm movie Spiderman tuh.

Okies tawan2..meh kita dgr lagu nih sesame nk?
from Muse~CanT TaKe My Eyes oFF YoU 



**  "You don't have to drive any BMW or Mercedez or Skyline to be gorgeous. Be an imam in prayers. Dats how I define gorgeous. You don’t have to have nice voice and hush me wif lovely songs to woo me. Recite the Kalamullah, Al Quranul kareem.

Dats how i would melt. You don't have to be rich for me to love you. Please have a kind heart. Thats more than enough for me and my parents 2. Nobody’s perfect. You are nobody. So you are more than perfect for me.." ~(http://PakarCinta.com)

Thursday, September 22, 2011

ImpiaN vs KePerLuAN

Salam :)

ditulis oleh Al Rumi seorang penyair sufi
Aku memohon kekuatan lalu
       Tuhan memberikanku kesulitan
untuk menjadikan ku gagah

Aku memohon cinta kekasih 
       lalu Tuhan mempertemukan
       mereka yang bermasalah
untuk mencari penawar duka

Aku memohon keteguhan hati
      lalu Tuhan memberikan ku bahaya
untukku tangani

Justeru itu, aku tidak peroleh
      apa-apa yang kuimpikan,
      Namun aku mendapat 
segala yang kuperlukan

*diambil dari buku Petua Menangani Stres-Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah

Wednesday, September 21, 2011

HaTi yAng BeRsiH :))

sALaMM...(ditulis sebagai peringatan untuk diri sendiri sebenarnya..)

Hati. Itu. Allah. Yang. Pegang. 



Terkadang kita tidak dapat lari dari memikirkan perkara yang tidak baik yang terlintas di hati kita. Semakin kita cuba untuk hindarkan pemikiran ini, ia semakin kerap menganggu gugat dibenak kita. Ini kerana, makhluk jahat ini iaitu syaitan sentiasa ingin menyongsangkan pemikiran kita. 

Biarpun kita telah mengubah pemikiran itu menjadi berprasangkan baik tetap ada lintasan jahat itu. (lebih2 lagi org cam aku nih..lemah imannya, tapi semoga diperteguhkan imanku padaMu Ya Rabb). Ada ayat al-quran yang mengatakan tentang bisikan jahat lagi halus ini...


Firman Allah s.w.t dalam ayat 1-6 surah al-nas yang bermaksud:
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia. Yang Menguasai sekalian manusia. Tuhan yang berhak disembah oleh sekalian manusia. Daripada kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.(Iaitu pembisik dan penghasut) dalam kalangan jin dan manusia.
Seringkali kita bermonolog dengan hati kita mengenai sesuatu perkara yang secara tidak langsung ia memberikan hasil yang mungkin akan jadi kepada 'hus'nuzon' atau su'uzon (berprasangka baik atau buruk). Apabila makhluk jahat ini cuba menyebarkan bisikan jahatnya kedalam hati kita ada juga makhluk lain yang boleh mempengaruhi pemikiran kita iaitu manusia. (Jelas tertulis seperti ayat didalam surah diatas). Jadi kita juga perlu memilih kawan yang dapat menjuruskan kita kepada perkara yang mendatangkan aura positif.


Apabila kita cuba berfikiran positif, syaitan dengan bersiap sedianya akan cuba memporak perandakan niat dan fikiran kita. Syaitan akan bertindak dengan menimbulkan perasaan buruk sangka dan segala perlakuan buruk dalam hati manusia.



Adakah hati aku mudah lemah dipengaruhi oleh hasutan dan rancangan syaitan ini? Tanyalah dan lihatlah pada hati mu (ye..cik nini)
Jika hati kita lemah dan lalai dengan meningatiNya, syaitan dengan mudah membisikkan kepada kita agar berfikiran negatif serta berbuat kejahatan. Manakala jika kita sentiasa mengingati Allah, syaitan yang sedia mempengaruhi dengan bisikannya akan lari mengasingkan diri dengan ucapan bismillah syaitan akan menjadi lemah dan akan menjauhi kita. -'GenQ'


Semoga dengan berbekalkan kekuatan iman dan sentiasa meningati Allah lah dapat menghalang syaitan daripada menyelusup kedalam hati kita. Bila sesuatu pemikiran yang buruk atau jahat terlintas dihati kita, cepat-cepatlah kita beristigfar, membaca  A'uzubillah' dan bismillah atau ayat kursi. Mengambil ayat dari surah al A'raf ,201:
Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan daripada syaitan, mereka ingat(kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak(jalan yang benar)

Ya Allah semoga kau lindungilah aku dari berburuk sangka dan berikan lah aku hati yang bersih :) 

Pic from 'Contengan Jalanan' ~Hlovate

Jay Arr bermuhasabah ~wif double smile :)) ~
* "Carilah hatimu pada tiga tempat. Cari hatimu sewaktu bangun membaca Al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".  [Imam Al-Ghazali]

Friday, September 16, 2011

SelamaT hAri MERDEKA!!!!

Aku adalah anak MERDEKA
pada tanah tumpah darah ku ini
aku bangga menjadi rakyat mu
wahai MALAYSIA ku terCINTA


MAKMUR negara ku bertuah
INDAH bumi MALAYSIA ku
SEJAHTERA harmoni pelbagai bangsa BERSATU
GEMILANG megah nama mu MALAYSIA!!

==== blehla kan kata2 semangat patriotik dari aku nih yang nk menunjukkan aku mmg patriotik orangnya
==== nih lagu yg paling best dan bersemangat pada aku selepas Jalur Gemilang. Lagu tuk MALAYSIA ku " Kerana Mu Malaysia"!!!



* sok dh stat kuliah --> berjuang! gambate nini san!!
p/s : I LURVE U MALAYSIA  n ..... teeettttt...

Tuesday, September 13, 2011

SalaM AidilFitRi 2011

Semoga entry nih tak terlambat nk ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri tuk suma saudara n saudari yang mengenali diri ini... kemaafan zahir n batin juga dipohon diatas kelemahan n kekurangan diri.. 


Bercerita dulu mengenai dipagi raya yang indah~~ ye sungguh indah kerana berkesempatan menunaikan solat hari raya bersama2 keluarga tersayang... Alhamdulillah...

usai bersolat dipagi raya yg indah~
selesai bersolat..umah pertama yg diserang (hihi..diziarahi la...)umah bapa sedare ku. nih mmg kitaorg xpenah miss sb pe???!!... Ini disebabkan oleh nasi minyak yg dihidangkan, kesedapan yg tak bleh nk disangkal lagii... org pertama yg duduk kat meja mkn tuh aku la.. kesedapan nasi minyak tuh mmg tak leh aku nk xplain kan kat korg kan..korg kena rasa sendiri ditambah plak dengan pemanis mulut yg manis tapai pulut pergghh..nih lagi tak leh nk tahan..what a nice combination (abes kuar speaking aku ahaha..) time mkn mmg tak igt la, lepas  je beraya kat bapa sedare aku nih..pegi umah sedare lain mmg aku tak leh nk menjamu selera dh sb perut dh penuh..(rasa nyesal ade gak, mkn sungguh2 la tad)..

balik je dari beraya..tak nyempat plak tetamu dtg memenuhi rumah "tok wan amad" (nama glamer ayah i la tuh) dari start kami balik smpi la ke mlm.. tima kaseh kepada yg sudi dtg beraya.. memeriahkan raya yang pertama. nih la kita panggil mengeratkan silaturahim kan... dapat kenal sedare mare yg lama tak dgr kabar briter, tetiba dh dapat anak sepupu baru la...yg tak tahan apabila anak sepupu aku dh ada anak..so nk kena panggil ape nih (cucu sepupu?!!...jadi nenek kah aku nih?? oh no...:P) hihi.... dannn yg paling tak tahan..ade gak sedare aku yg sudi bagi duit raya kat aku yg dh besar pjg nih kan.. tima kaseh la..murah rezeki sedare aku tuh aku doakan...

Dalam kesibukkan kemeriahan melayan tetamu n sedare mare yg ade tuh..kami sempat je bergambar..ahahaha.. yg nih mmg tak leh nk tinggal..

Salam Aidilfitri dari kami... (^-^)
Dalam kesibukan beraya..diriku ternanti-nanti open house dari kengkawan ku sendiri.. dan akhirnya diriku di undang oleh seorg kwn yg jauh...hihi..jauhlah kan sebab kwn atas kwn... neway kepada yang sudi menjemput n wat open house..dgn hidangan nasi impit n rendang yang sgt sedappp tuu... wif makaroni oleo... pelik gak makaroni oleo nih byk bahan seafood gitu.. sedap gak la... pas tuh ape lagi ek  hihi owh yer sambal kacang (tak rase pun..sb tak minat ngan sambal kacang)sori yer kak nana yang comel.

Nih la gmbr2 yang sempat diambil sempena open 'small' house hihi...suka2 sgt sb dpt rasai kemeriahan beraya bersama rakan2... Selamat Hari Raya suma!!!

Dgn tuan rumah yang sgt comey k.nana 
wif anes yg sgt rock n sweet....hihi sowi anes
kak zil yg lwn mkn ngan saye....hahaha tapi kak zil la yg menang


*okies..
selesai sudah beraya.... ade tugas menanti diriku. dalam suasana masih beraya, byk perkara yg perlu dirancang tuk ditempuhi...Ya Allah..permudahkan urusan hamba mu ini...

HaLaMaN Jay Arr