BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, November 21, 2011

Lelaki... Wanita...


Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau ambil kesempatan atas... kasih sayangnya..

Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar dia mempergunakan kesempatan yang ada..

Lelaki..
Bilamana ada insan menyayangimu..
Jangan kau perlakukan dia seperti hamba..
Seolah - olah dia tidak ketahui apa sebenarnya yang kau rasa..

Wanita..
Bilamana kau punya rasa sayang pada insan..
Jangan kau biar rasa sayang itu melebihi rasa cintamu pada Allah..
Hingga kau sanggup diperlakukan oleh dia yang entah siapa..

Lelaki..
Bilamana ada insan yang menyayangimu..
Jangan kau biar hatinya terluka kerana tingkahmu bersama yang lain..

Wanita..
Bilamana kau menyayangi seseorang..
Jangan sampai emosi mu melebihi rasa kasih dan sayang pada Allah...

Lelaki..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan memastikan kebahagiaan terpancar di wajahmu..
Biarpun dalam dirinya terselit kedukaan..
Takkan pernah sekali dia pamerkan..
Walau terkadang di ulit kemarahan..

Wanita..
Bilamana ada insan yang ikhlas menyayangimu..
Ketahuilah..
Dia pasti akan berlaku jujur denganmu..
Biarpun kejujuran itu melukakan jiwamu..
Walau dia tahu kau pasti akan pergi meninggalkan dia..
Asal saja dia tidak berpura - pura dalam mengenali dirimu..

Wahai Lelaki..
Engkau pemimpin..
Pimpinilah wanita yang engkau kenali..
Bukankah wanita perlu dilontar dengan lembut..
Jangan pula kau tambah merosakkan dia..
Didiklah dia dengan kebenaran..
Bukan sekadar kiasan dan hiasan..
Yang bisa menghancurkan dirinya..
Boleh jadi dia lelah dalam ujianmu..

Wahai wanita..
Engkau terlalu berharga..
Jangan kau menanti sesuatu yang tidak pasti..
Jangan kau berharap pada yang belum kau ketahui..
Jangan kau menghambakan diri dengan penuh setia..
Pada seseorang yang belum pasti menjadi pendampingmu..
Kelak kau yang akan merana..
Jangan kau tangisi mereka yang bukan lagi sesiapa bagi dirimu..
Kerana harga dirimu terlalu tinggi..

Wahai sekalian..
Fahami dan ketahuilah..
Terkadang apa yang dilakukan bukanlah apa yang dipinta untuk kepentingan diri..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Maka kau temuilah walinya..
Mintalah izin dari mereka..
Agar kau mampu menjadi yang halal bagi dirinya..
Bukan sekadar bermain kata..
Menabur janji yang mungkin tersia..

Wahai sekalian..
Jika kau benar dengan dirinya..
Terimalah ketidaksempurnaan dirinya..
Bukan sekadar melihat kesempurnaannya..
Jika kau benar dengan dirinya..
Bimbinglah dia ke jalanNya..
Bukan sekadar hadir tika sukanya..
Dan pergi bila datang dukanya..
Jangan kau biar dia terkapai - kapai..
Agar kau tak sesal..
Bila melihat dia pergi di depan mata..
Sedang memang kau tahu..
Dialah yang benar untuk kalian..
Jangan kau sesal..
Bila melihatnya di depan mata..
Dan kau tak mampu untuk berada disebelahnya..

Sebaik - baik cinta adalah cinta Allah.. Bila kau ikhlas mencintai Allah, nescaya Dia akan melabuhkan cintamu pada yang benar - benar cinta akan Nya.. Dan bila kau sudah mendapatkannya, jagalah ia sebaik dan semampunya agar kau tidak tunduk pada nafsu dan cinta manusia.. Kerana semulia - mulia penghambaan hanyalah di hadapan Allah SWT..

-Anna Syazanna Hadiri-  

*diambil dari ilmi-islam.com

Tuesday, November 15, 2011

Juz NiCE

Bulan tersenyum saat malam bertandang,
Membawa seindah rasa pada sang bintang,
Hati resah tika rasa itu datang,
Nadi Iman mula bergoyang-goyang.

... Kerdilnya hamba dirasakan,
Kapal diri tidak mampu dinakhodakan,
Berirama sungguh bisikan Syaitan,
Akal terlena nafsu dikejutkan.

Jiwa bertanya pada tuan,
Adakah ini fitrah manusiawan,
Kadang ikut Tuhan kadang ikut Syaitan,
Dangkalnya Iman jiwa tidak keruan.

Wahai Sang Tuhan,
Ku tangisi ombak harapan,
Ku titip dalam sebuah kiriman,
Agar dibersihi nista dari insan,
Biar pengakhiranku dalam keindahan,
Agar hidupku tidak hilang keredhaan,
Mahu ku jejak Syurga yang diidamkan.

Kelembutan Cinta yang Menikam
-merpatiputih-

Friday, November 11, 2011

BiLa SeSeKali JAY Arr MeNyApA LuBuK hAti (^;^)


SaLaM~~

BiLA sesekali JR menyapa ruang hati dan ingatan, aku hanya tersenyum...
Aku bersyukur mengenal cinta muda denganmu walaupun kau tidak pernah tahu...
Dan...aku senantiasa mendoakan kebahagiaan dirimu bersama dia yang kau sayangi...
SudaH bertahun lamanya JR ade didalam hati ini, terkadang singgah dipinggir hati...
terkadang juga mengelilingi dunia aku, membawa aku mengimbau kenangan indah...
KeNangan yang mungkin kau tak pernah tahu...yang Aku amat meminati 'JR' tuh...
PernaH ku pinjam bayangmu untuk aku hidup membawa layar impian aku...
meminjam namamu JR mengiringi perjalanan mencari ilmu...kau menemani
meminjam semangatmu JR bila aku dah tak terdaya, hampir jatuh...kau hulurkan cahaya
meminjam ukiran senyummu JR untuk aku berlari dan menari berkongsi gembira....dalam indah hujan
JR kita tidak pernah bersahabat..hanya berkawan
JR tidak pernahkah kau menyedarinya...?
JR kala kau datang padaku memberi isyarat 'itu'...aku terpinga
JR melepaskanmu saat itu...aku....(senyum...)
tak ku sangka kekadang teringat dirimu JR...aku tetap tersenyum...
segala perkara yang pernah, sekali, pertama kali, didalam seumur hidup aku bersamamu...masih segar diingatan
percayalah... itu bagaikan mimpi terindah dalam hidup aku..yang takkan pernah kau rasa dan tahu...
Ya Allah...terima kasih menghadirkan JR dalam hidup ini..banyak yang aku pelajari...
Ya Allah.. ku doakannya sentiasa mendapat rahmat dan petunjuk dariMu...juga semoga dia sentiasa berbahagia didunia dan disyurga.


*Jay Arr... jika sesekali kau mengingatkan aku yg pernah singgah difikiranmu..doakan aku juga berbahagia. Insan yang ingin aku sayangi ini...semoga dia yang akan bertakhta dihati ini didunia dan disyurga nanti. InsyaAllah. :)
*No need to rush. If something's bound to happen, it will happen at the right time, with the right person and with the best reason.
ps - harus ku ikhlas serahkan segala nasib cintaku padaMU Ya Allah

Puisi DiPagi Jumaat Yg. Indah

Salam dan selamat hari Jumaat :))



Orang Yang Mencintai Ilahi

Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih sayang Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segala-galanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar – benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepadaNya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
Tarbiah daripadaNya

Orang yang benar – benar mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahagiaan di dunia
Tetapi jika tak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan ‘di sana’
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’
Yang dipinjam untuk sementara didunia ini

Hasil nukilan
Naurah Musyahidah

Wednesday, November 9, 2011

Aku Ada Dia :))

U strong babe..
Syukur Alhamdulillah.. Ya Allah andai ini ketentuanMu.. Ku mohon kekuatan dari mu..
Senyum aku.. bkn tuk aku tunjukkan aku kuat.. tapi aku mahu kumpulkan kekuatan aku...
Aku juga manusia biasa hamba Allah yang sering diujiNya.. kerana kasih sayangNya...
Alhamdulillah Ya Allah...
Ku mohon padaMu.. bantulah hambaMu ini didalam lebih mencintaiMu.

HaLaMaN Jay Arr