BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 11, 2011

Puisi DiPagi Jumaat Yg. Indah

Salam dan selamat hari Jumaat :))



Orang Yang Mencintai Ilahi

Orang yang mencintai Ilahi
Dirinya tak keluh kesah
Apabila ditimpa ujian
Kerana dia yakin dengan kasih sayang Tuhan

Orang yang cintanya kepada Ilahi melebihi segala-galanya
Tidak melatah apabila orang tersayang dirampas
Kerana walau dia kehilangan
Dia masih bermodalkan cinta Ilahi

Orang yang benar – benar menghayati cintanya kepada Ilahi
Sentiasa pasrah kepadaNya
Sabar menempuh ujian
Kerana dia tahu ujian itu adalah
Tarbiah daripadaNya

Orang yang benar – benar mencintai Ilahi
Juga harapkan kebahagiaan di dunia
Tetapi jika tak dapat dimiliki
Dia harapkan keindahan ‘di sana’
Kerana dunia ini hanya pinjaman
Dan dirinya hanya ‘barang pinjaman’
Yang dipinjam untuk sementara didunia ini

Hasil nukilan
Naurah Musyahidah

0 comments:

HaLaMaN Jay Arr