BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, June 19, 2011

D.O.A UNTUK CINTA

Assalamualaikum w.b.t

Buat rakan - rakan yang kusayangi... seandainya kita masih lagi mencari cinta hati kita, bersyukurlah kerana kita masih sempat memilih jodoh yang terbaek utk kita. Janganlah kita berkeluh kesah dengan lambatnya datang jodoh kita. Bukankah itu urusan Allah, yer..sekalipun itu urusan Allah kita haruslah mencari kelasi yang terbaek untuk mengemudi bahtera rumahtangga kita. Tanyalah hati kita apa yang kita mahukan, yang macam mana kita mahukan dan apa yang kita dambakan. Berdoalah padaNya, pasti Dia mendengar luahan kita. Mengambil kata - kata Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
"Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti. Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah."
Jadi janganlah kita gopoh dalam memilih jodoh ini. Pabila kita bertemu dengan seorang yang kita rasakan ia adalah benar pilihan kita yang tepat..bersabarlah dulu, kenali lah zahirnya terlebih dulu dan memohon petunjuk dariNya. Minta juga pandangan dari Ibu Bapa kita serta rakan yang terdekat. Jadi usahlah terlalu risau tentang jodoh kita kerana Dia yang diatas telah mencatatkan segalanya untuk kita hanya menunggu kita sahaja yang berusaha mencari yang terbaek untuk diri kita.


Ini adalah doa dari Ustaz Badrul Amin. 
DOA CINTA

Ya Allah, Kurniakanlah aku CintaMu
Kurniakanlah Daku Cinta Orang Yang Cinta KepadaMu
Kurniakanlah Daku Cinta Apa Sahaja 
Yang Menghadirkan Aku Pada Cinta Allah
Semoga Cinta Allah Itu Lebih Kita Dambakan 
Daripada Seteguk Air....

*marilah sama2 kita amalkan..semoga mendapat apa yg kita mahukan dan diberkatiNya. Amin.

HaLaMaN Jay Arr