BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, July 23, 2011

Hadiah Dari Allah...

Ayat seribu dinar ini, aku dh dpt hafal ayatnya tapi terjemahannya tidak pula aku ketahui. Jadi aku rase ade baiknya jika aku tahu maksud ayat ini dan dapat plak dikongsi bersama teman2 yang singgah blog aku ni.  Jika dilihat  ayat 1000 dinar ini adalah dari surah At - Talaq yang mana diambil sebahagian dari ayat kedua dan sebahagian dari ayat ketiga Surah At-Talaq. Ayat ini banyak manfaatnya jika diamalkan dgn ikhlas tujuannya. Baca selepas solat dan ketikanya yang perlu. 


Didalam ayat ini serta terjemahannya, menyeru kita supaya kita bertaqwa dan bertawakkal. Oleh itu, pendekatan yang betul untuk mengamalkan ayat 1000 dinar ini ialah dengan bertaqwa dan bertawakkal :)
 


Maksudnya ialah : 
“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.
Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.
Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.
Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”

2 comments:

lisa nurlisa said...

i will hafal da doa' n maksudnya skali..insyaallah..

Jay Arr said...

bagus baby...mudah je kan maksudnya..bila baca n paham ia lebih meaning

HaLaMaN Jay Arr