BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 27, 2013

Hiks.. berpuisi puitis~~lalala...

Asslamualaikum suma..
Segala puji bg Allah, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

tetiba rs nk luah smthing je kan.. tapi aku nk tulis sket je ni, spontan je ea..korg baca je,tak suka jgn baca. amaran keras dari aku ni..kang ade yg termuntah bagai..aku xnk tanggung... hehe.. hemm...nk mula kat mana ni ea,tang mana..pikir jap.. okies..idea..idea..come to mama.. orites.. bismillah..

tiada aku sedar, indah pagi itu..
Melangkah masuk diruang itu…
Kau telah berada di sudut itu..
 Tika kau mula bicara
Biasa saja aku melayani
Tapi ku nyata, matamu bercahaya
Ikhlas senyuman aku pamerkan
Tanda engkau dan aku beramah mesra

Tiada aku sangka bila kau sampaikan
Salam perkenalan aku gembira
Hanya menganggap engkau bakal teman biasa..
Tertibmu tersusun adab, menyapa setiap bicara
Manakan hatiku tiada rasa terjentik..

Ohh..engkaulah yang mula melakar indah di hati
Bagai terpukau..aku mengikut rentakmu dihati
Masa bukan penentu apa.. bila hanya kau dihati
Sudah terlarut perasaan aku kerna engkau sudah berada dihati

Kini aku sedar.. kau dihadapanku hanya menantimu
Menantimu menyatakan ungkapan itu..
Kini hasratku hampir padamu…
Hampir untuk bersatu…menyatukan perasaan kau dan aku

Doa dariku pdNya…
mengharapkan setiap perjalanan kita dipenuhi keberkatanNya
Segala puji bagiNya..yg Maha Mulia

***
Waa… berayat2 jgk aku disiang hari ni. Tapikan ..tau tak korg “ternyata yang indah sukar nak dimadah, bak cahaya tak tertadah”.. benda yang aku karang kat atas ni hanyala menyatakan sekelumit je perasaan aku yg bercampur baur perisa strawberi coklat ni. Yang lain xleh nk describe how great im feeling! J.
Terdengar satu lirik lagu agak puitis bg aku.. ada yang seiring juga dgn perasaan aku skrg ni dan sedap jgk didgr al-maklumla korg..penyanyi ni ade klass kan..en hazama haaa… tapi aku tunjuk lirik jela..kalu korg nk dgr pi utube ea… hehehe.. jom la layan lirik ni..


Kusangka hidupku

Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta


Memaksa diriku

Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku
(ni ade gegurl yg berckp): Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai 
Kurelakan jiwaku padamu (nice quote)

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

p/s : tazkirah sket..penting tuk kita sbg peringatan pd diri yg selalu leka dan terlalai..(sy la tu)
Anggaplah perjalanan hidup seharian adalah hari-hari terakhir anda di dunia, sudah tentu anda akan merasai setiap perkara adalah nikmat yang tidak ternilai. Sebenarnya, rasa sedih dan pilu menyebabkan manusia terperangkap dengan dunia dalaman diri mereka. Selagi mana kita mencari kebenaran dan melaksanakan apa yang benar maka segalanya akan menjadi kebaikan kepada kita.-Prof Dr. Muhaya.

0 comments:

HaLaMaN Jay Arr