BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 30, 2012

SuRat kEPaDa KePaDa kItA

Bismillahirrahmanirahim...


Surat yang datang ini datangnya dari seseorang...(bukan datang sebenarnya) hehe..terbaca dari seseorang teman yang juga meminati kata2 puitis yang indah... pertama kali baca rasa mcm 'fuhhh...' bagus la untuk org yang sedang berjuang. bukan di medan perang...tapi medan selera kehidupan.





SURAT UNTUK DIRI!!!

Dari diri Juara kepada diri yang Tewas.
Semoga sama menjaga diri dan menyayanginya.

Wahai diri aku yang Tewas. Akulah yang bernama diri Juara, yang amat kau kenali.
Aku datang bersama mu dan bersama kita hidup sebagai pengembara. Kita adakah saudara, tapi kau sering menyepi. Aku banyak impian, tetapi kau banyak bermimpi.

Aku mahu terus kembara tapi kau sering melaungkan kejerihan mu. Aku mahu besar sebagai seorang berguna, tetapi engkau tetap mahu menjadi kanak – kanak.
Aku mahu berkahwin dan berketurunan tapi kau mahu terus membujang. Aku mahu mati meninggalkan nama tetapi engkau mahu terus hidup tanpa bernama.

Wahai diri ku yang Tewas. Engkau adalah aku tetapi engkau bukan aku. Aku mahu engkau menuruti kerana aku adalah Juara yang membawa mu mengembara ke lurah, tasik, dan gunung. Tubuh aku telah banyak yang luka, kaki aku telah banyak tercucuk duri. Aku juga semakin tua. Marilah kita berganding tenaga menuju kejayaan, keuntungan dan keberkatan.

-Ibnu Yusuf-

selingan sket... setelah membaca surat ...ehehehe :)

2 comments:

smiley marlina said...

Hema Malini :)i love u :) hee..

Jay Arr said...

yang ko love u tuh hema marlini, bkn aku...aissshh!!

HaLaMaN Jay Arr