BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 6, 2013

Say No To Migrain

Salam uols...

terpanggil tuk membuat entry kali ni pasal migrain. sebabnya pada akhir ni aku kerap diserang sakit kepala yg teramat. mungkin hormon tak berape nk stabil atau faktor2 migrain yg lain. 

kepada pesakit2 yg dh lama mengidap migrain, ataupun pengidap migrain tegar mungkin mereka sudah tahu faktor2 mengapa migrain nih boleh menyerang diri kita. Faktor-faktor yg mungkin membolehkan kita diserang migrain ialah: 

  1. perubahan keadaan cth: dari sejuk ketempat panas atau panas ke sejuk. 
  2. cahaya (mungkin kepada mereka yg tak tahan silau)
  3. bunyi (gangguan pada tidur)
keadaan diatas adalah dari pengalaman aku sendiri. tapi utk info yg lebih lanjut aku kongsikan artikle nih dari sebuah blog jgk http://blogmaya.com/2011/08/petua-mengurangkan-migraine/ nih dia blognya juga diambil sumbernya dari blog http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/02/migraine/  sila2 lah klik.

PA ITU MIGRAINE?
Migrain adalah sakit kepala yang menyakitkan, berdenyut-denyut dan berlangsung antara 4-72 jam sehingga seseorang itu tidak mampu melakukan pekerjaan rutin hariannya. Namun begitu menurut kajian yg dibuat, migraine tidak mendatang kesan jangka panjang yang serius.
APA PENYEBAB MIGRAINE?
Menurut kajian, migrain boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Pada asasnya, apabila berlaku migrain saluran darah akan mengembang dan menguncup menyebabkan kita berasa sakit kepala yang berdenyut-denyut.Migrain boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Jika ibu mengalami migrain semasa muda, anaknya juga boleh mengalami migrain.
APAKAH TANDA-TANDA MIGRAINE?
Migraine biasanya menyebabkan rasa sakit kepala berdenyut-denyut (throbbing headache) pada sebelah kepala dan rasa loya. Namun ada juga sakit kepala di kedua-dua belah kepala. Individu yang berlainan mempunyai tanda2 penyakit migraine yg berlainan.
Pergerakan, cahaya, bunyi bising dan bau-bauan boleh memburukkan lagi migraine. Kadang kala seseorang itu boleh merasakan aura, iaitu beliau dapat melihat bintik-bintik, gelombang cahaya atau pancaran2 cahaya di depan matanya. Tangan, bahu dan muka akan menjadi kebas. Ianya berlaku 30 min sebelum sakit kepala.
okies tuh sedikit sebanyak pasal migrain. nih ade pasal tips yg diberikan pada blog normaya yg dikongsikan bersama.
1. Rehat / baring di dalam tempat yang gelap dan sunyi.
Jangan plak ko pergi baring dalam gua. Baring dalam bilik ko sudah la. 
*aku mmg akan buat nih baring tuk tidur jika xnk mkn ubat.sb bahaya jgk asyik makan je kan.
2. Mandi. Dengan basahkan bahagian bawah (iaitu dari kaki membawa ke atas badan dan ke kepala)
*ok jgk tuk mudahkan tdo.
3. Amalkan sujud setiap pagi. Memang la kan sebab solat subuh :-p
*yer sgt bagus skali. tuk tambahan kalu kita selalu tahajud pada setiap malam percayalah insyaAllah kita tidak akan diserang migrain. aku cuba tuk 2 bln cam tuh ternyata aku tidak diserang migrain. alhamdulillah. tapi tak berapa nk istiqomah tuk tahajud nih. jad sb tuh la migrain aku datang balik. kena amalkan dan istiqomah balik nih. :)
4. Baring atas katil tapi kepala terjuntai ke bawah. Untuk mengalirkan darah ke dalam kepala.
*nih bagus....
5. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais dalam tuala dan tekapkan pada mata.
*dh buat jgk...result ok jgk :P
6. Urut bahagian atas mata. Atas kening tu. Urut sampai ko rasa migraine ko lega sikit
7. Amalkan minum air mineral ECPI
8. Elakkan terkena cahaya matahari atau cahaya lampu yang terang  *bak kata upin ipin "betul...betul...betul..."
9. Amalkan pemakanan buah epal hijau. Beserta kulit ok. kalau rajin buat jus epal.
okies itulah sedikit sebyk yg dpt dikongsikan...
semoga kita selalu berpikiran positif,dan jgn beratkan kepala kita. take a rest bila dh trlalu sarat memikir atau byk kerja. happy always.
wassalam...

1 comments:

SeaTea FarEast said...

Nice info kak nini.. (^_^).. jage kesihatan...

HaLaMaN Jay Arr