BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 22, 2012

E-NA-YAH

Ya Allah..
andai surat ini untukMu
ku tulis padaMu
Ya Allah,
pegang hatiku, sentuh hatiku
Aku berharap begitu
kerana ya Allah,
aku mahu sentiasa dibawah cahayaMu
kerna aku diberitahu oleh orang alim
"yang iman itu ada turun naiknya, maka sentiasa perbaikilah"
jadi untuk itu, semoga Kau perteguhkan iman ini
bukan mudah memupuk iman ini,
aku perlukan lebih dari 1000 upaya
ibadahku padaMu hanyalah seberapa
bukan mudah untukku ya Allah
memperbaharui iman,jiwa hambaMu sentiasa rapuh
maka ku perlu perlindunganMu sentiasa
bukan mudah juga rasanya, bagai ada duri dalam hati
kekadang terasa kerasnya hati untuk melayar malam
mengadu padaMu...memuji nama-namaMu yang indah
bangunkan malam yang sunyi untuk ku tunjukkan yang ku 
kasih padaMu juga pada kekasihMu
Ya Allah..
panduilah aku menuju jalanMu
bantulah hambaMu ini agar lebih menyayangiMu
Ya Allah..
aku selalu gusar..
gusar jika aku lagha dengan nikmatMu
gusar jika aku abaikan ibadahMu
gusar jika aku yang larikan diri dari hidayahMu
gusar jika aku asyik besarkan perkara yang lain
Ya Allah
bagaimanakah aku sebagai hambaMu..
layakkah aku mendapat semua nikmatMu
Kau beri nafas untukku tegak berdiri dibumiMu
Kau wujudkan cahaya tuk aku lihat keindahanMu
Kau bentangkan segala...aku tak terhitung
dalam kesyukuran aku ada leka dengan dosa
Ya Allah..
Engkau sentiasa memberi
dan aku harap aku sentiasa menerima kasih sayangMu
Engkau sentiasa menemani
dan aku harap aku sentiasa memperoleh rahmatMu
....................
bukan mudah tuk berubah
perlu hidayah dari Nya, perlu juga mencari sendiri
bukan mudah tuk jad baik
perlu ingat padaNya selalu, perlu juga kawal hati




+++Biar putus Cinta Dengan Manusia,
Asalkan Tak putus Cinta dengan ALLAH!
ALLAH akan gantikan dengan yang lebih BAIK,
Namun Jika putus Cinta dengan DIA,
Apa lagi yang nak Digantikan?+++

1 comments:

chahayasempurna said...

moga kita sama2 terus istiqamah dalam mencari cinta Nya..cari..dapatkan..genggami..biar ia terus kekal dalam jiwa dan hati kita

HaLaMaN Jay Arr