BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, October 23, 2011

reAdy FoR da BaTtLE-insidE 0f ME


Assalamualaikum....Salam Semangat!!!

Pagi 24/10/2011 ini, aku terasa bersemangat tuk berperang! Aku terasa nk berperang dgn...cool ye. Aku bukan nk berperang dengan seseorang tapi aku nak lancarkan perang dengan perasaan aku sendiri. Ingat senang ke nk berperang dengan perasaan sendiri??

Kalau kita nk berperang dengan perasaan sendiri, kita kenalah tahu macamana strategi untuk mengalahkan perasaan yang kita tak suka tu. Kenapa kita selalu ingat dia.....dia?!! iye...betul perasaan itu datang dari Allah..tapi kita perlu pandai manage, agar kita punye perasaan tidaklah jadi lintang pukang. Siang dan malam, malam siang silih berganti asyik dok teringat kat dia ape kes kan?! So....wuts the solution do we have? 

"Perasaan cinta itu harus terkawal dan dilatih mengenal arah. Setiap kali ia melorot kebawah paras kebenaran syariat maka hendaklah diketatkan."-i dun remember dis quote from who.. :|

Okies kita tengok apa strategi yang perlu n patut aku buat :))

1.     Aku kena wat2 tatau dengan perasaan aku ni(cmne ek wat tatau, alah wat tatau jela)
2.     Jangan sekali2 aku terpikir atau terlintas nak sms,fb atau kol dia (kalu nk kol gak..kol je family tersayang)
3.     Setiap kali teringat kat dia, cepat2 wat keje lain (wat assg yang banyak tuu)
4.     Ingat Allah selalu, berserah diri pada Allah, mengadu padaNya (luahkan perasaan pada Allah)
5.    Thinking positive!!! jangan su'uzon.. dengan berfikiran positif semua perkara menjadi positif :)


Sebenarnya tak delah serius sangat peperangan aku nih.. Aku nih hanya manusia biasa, selalu saja tersasar dijalan yang lurus. Perasaan n hati yang tak termampu kita kawal ini, sebenarnya hanya Allah saja yang mampu mengawal hambanya dan seluruh semesta alam ini. Dia mengetahui apa yang terjadi dilangit dan dibumi, apa yang ada hadapan kamu dan dibelakang kamu, Dia yang sentiasa menguruskan mahkluknya, yang tidak mengantuk dan tidak tidur, tiada siapa yang dapat memberikan syafaat melainkan dengan izin-Nya. 

Bukan niat aku untuk berperang dengan sesiapa tapi aku hanya berperang dengan perasaan aku sendiri... versus ourself is not easy we can feel torn inside. killing inside. Bila kita terasa payah dan lemah dengan perasaan yang ada kita mengadu padaNya. Kita mempunyai Allah untuk kita mengadu. Tuhan mendengar keluhan ini. Tuhan yang Maha mendengar setiap masalah kita tatkala sekalian manusia sudah tidak lagi mampu untuk mendengar keluhan masalah kita. Maka menyerah dirilah kita kepadaNya. Keluhkan setiap masalah kita kepadanya. Dia sentiasa menunggu. 

Didalam peperangan ini juga, senjata utama yang aku gunakan ialah doa. Ye aku punye doa untuk mengalahkan musuh(dari bisikan halus yang jahat) didalam perasaan yang berbolak balik ini. Berdoa bukan sahaja memberitahu Allah apa yang kita pinta kerana tanpa diberitahu pun Allah telah mengetahui kehendak dan niat hambanya. Doa ialah pengabdian daripada seorang hamba kepada TuhanNya.
 

Jadi sebagai peringatan untuk diri sendiri...jangan kamu berlebih-lebihan didalam sesuatu perkara. Suka dan benci biarlah berpada... Hehe.. tapi peperangan ini aku akan teruskan bermula pada tarikh ini. Aku nak tengok wat observation sket apa yang bakal terjadi pada aku kan... will see ya 


*semoga aku mendapat petunjuk dan kesudahan yang baik dari Nya. sentiasa mengingati Mu Ya Muhaimin. Amin.

**Wahai anak Adam, waraklah supaya engkau mengenal-Ku, berlaparlah supaya engkau dapat melihat-Ku (melalui mata hati mu) Persiapkanlah dirimu untuk beribadah kepada-Ku, ikhlaskanlah dirimu daripada riak, aku akan pakaikan Kasih-Ku kepada mu. Kosongkanlah dirimu semata-mata untuk mengingati-Ku, nescaya akan Ku sebut nama mu disisi para Malaikat-Ku.**

4 comments:

Jay Arr said...

respon for dis entry,24/10/11 9.39p.m
he calls me..cam xnk agkt tapi hati nk sgt agkt. At least dia tepon :)
ohh..pls jaga hati anda,belajarlah jaga hati agar aku lebih dekat dgn Dia.

lisa nurlisa said...

owh.....

smiley marlina said...

owh...hape la mok nini sabrini ni.. haaaish...

Jay Arr said...

y?? y mok ninna...juz say it la.. potassium cynade la...

HaLaMaN Jay Arr